images/photo/banner/2024/20240418-SLIDER-MINDSPARK_Google-CloudSpace_Edition.png
images/photo/banner/2024/20240417-VIDEO_RAYA_PUNB_2024.png
images/photo/banner/2024/20240415-SLIDER-JUMPER.jpg
images/photo/banner/2024/20240416-MT.png
images/photo/banner/2024/20240327-INSENTIF_PADANAN_PUNB_2024.png
images/photo/banner/2024/20240307-SLIDERTIKTOKSHOPINSENTIFE-DAGANGPUNB2024.png
images/photo/banner/2024/20240216-NotisKaunterPusatKhidmatPelanggan.png
images/photo/banner/2024/20240102-SLIDER_SR2022_BM.png
Video Korporat
2023-BANNERSOCMED-V3.png
SLIDERSAFE.png
PORTAL-E-SAIN.png
PORTAL_-_SCAM.jpg
PORTAL-e-mohon.png
20210713-SliderPremisPerniagaanUntukDijual.png
20200707-BERITAPUNB.jpeg
slider_44x.png
slider_54x.png
previous arrow
next arrow

Pembiayaan dan Perkhidmatan PUNB

PEMBIAYAAN PERNIAGAANPEMBIAYAAN PERNIAGAAN
PEMBANGUNAN USAHAWANPEMBANGUNAN USAHAWAN
PROSPER HARTANAHPROSPER HARTANAH
PROGRAM JUMPERPROGRAM JUMPER
INISIATIF PUNBINISIATIF PUNB

Pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami dan PUNB bertekad untuk memastikan maklumat atas talian kami adalah sulit, selamat dan terjamin. Dasar kerahsiaan ini merupakan satu huraian kepada prinsip kerahsiaan yang kami patuhi, dalam menyediakan pengalaman atas talian yang selamat dan boleh dipercayai.

Jenis maklumat

Setiap kali anda mendaftar dalam mana-mana skim atau program secara atas talian melalui laman web ini, anda dikehendaki memberikan maklumat seperti nama, alamat, umur, jantina dan nombor kad pengenalan anda kepada kami.

Penggunaan maklumat

Secara umumnya, maklumat anda digunakan untuk pangkalan data kami serta sebagai saluran untuk menawarkan produk atau perkhidmatan tambahan yang mungkin bermanfaat kepada anda.

Capaian pekerja

Capaian pekerja hanya terhad kepada kakitangan bertauliah yang berpengalaman sepenuhnya dalam mengendalikan maklumat anda. Mereka dikehendaki melindungi maklumat anda dan menghormati kerahsiaan anda sepanjang masa. Mereka juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya mereka gagal mematuhi dasar kerahsiaan ini.

Langkah keselamatan dalam melindungi maklumat pengguna

Maklumat anda disimpan di dalam pusat data yang dilindungi sepenuhnya, dengan mematuhi piawaian keselamatan komputer yang terjamin. Kami melaksanakan sistem perlindungan keselamatan yang direka khas untuk memastikan maklumat anda sentiasa selamat, terjamin dan sulit.

Perkongsian maklumat

Kami hanya akan mendedahkan maklumat anda sekiranya:

  •  Tuntutan undang-undang

Jika pendedahan ini diperlukan di bawah peraturan atau undang-undang, badan kerajaan atau arahan mahkamah.

  • Melibatkan kepentingan awam

Jika pendedahan ini diperlukan untuk melindungi kepentingan awam, contohnya dalam mengesan jenayah dan lain-lain.

  • Disahkan pendedahannya oleh anda

Ketepatan maklumat

Adalah sangat penting kepada kami untuk memastikan data dan maklumat anda sentiasa tepat dan dikemaskini.  Anda boleh membantu dengan memaklumkan sebarang perubahan maklumat kepada kami. Sekiranya anda merasakan maklumat anda tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini, sila hubungi kami. Kami akan membantu pengurusan maklumat anda sewajarnya.

Aduan pengguna

Anda boleh menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan berkaitan pengurusan maklumat atau data. Anda boleh menulis atau menghantar e-mel kepada kami.