Khamis, 18/07/2019

Dzulkifli Fadzilah CEO Baru PUNB (Harian Metro, 6 Mei 2011) 1

Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan pelantikan Dzulkifli Fadzilah, 47, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUNB baru menggantikan Datuk Mohd Nasir Ahmad berkuat kuasa 1 Jun 2011.

Beliau yang berkhidmat 19 tahun dengan PUNB bermula dari jawatan eksekutif pada 1992 sehingga dilantik Pengurus Besar Pelaburan pada 2006.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Abu Bakar Mohd Noor berkata, Lembaga Pengarah yakin dengan kebolehan Dzulkifli untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya ke arah mencapai objektif PUNB.