Ahad, 20/08/2017

Mengenai Kami

LATAR BELAKANG

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ditubuhkan pada tahun 17 Julai 1991 sebagai peneraju dalam meningkatkan jumlah dan meningkatkan kualiti usahawan Bumiputera yang terlibat dalam bidang ekonomi strategik di negara ini melalui sokongan kewangan dan korporat.

Selain sokongan kewangan, PUNB juga memupuk dan membantu usahawan Bumiputera dengan menyediakan khidmat nasihat, rundingan dan pemantauan ke atas prestasi syarikat bagi memastikan perniagaan mereka berdaya maju dan berdaya tahan.

Sejak penubuhannya, PUNB kini berdiri megah kerana model perniagaannya yang unik telah menjadi contoh dan berjaya membentuk PUNB sebagai pusat kecemerlangan terulung bagi pembangunan keusahawanan Bumiputera dalam sektor perdagangan runcit dan pengedaran.


OPERASI PERNIAGAAN KAMI

Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej-pakej keusahawanan bersepadu yang dirangka khusus untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.
Inilah asas kewujudan PUNB.

VISI, MISI & OBJEKTIF KAMI

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.

Misi

Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Objektif

  • Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  • Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  • Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.