Selasa, 18/12/2018

Scam alert! Pastikan anda tidak menjadi mangsa!

awas

Scam alert! Pastikan anda tidak menjadi mangsa!

Baru-baru ini kami telah menerima aduan tentang taktik licik individu yang sengaja menyamar sebagai pegawai kami demi mengaut keuntungan.

Perbuatan individu ini yang disifatkan tidak bertanggungjawab yang sengaja dilakukan untuk mengelirukan orang ramai. Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan anda untuk berhati-hati ketika menjalankan sebarang urusan pembiayaan perniagaan di luar premis PUNB.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, anda boleh hubungi kami di talian 1300 13 7862 atau berhubung secara terus dengan mana-mana Pengurus Cawangan Pejabat PUNB seperti yang tertera menerusi portal rasmi PUNB di www.punb.com.my.