Ahad, 20/08/2017

Piagam Perkhidmatan

Bagi memangku visi, misi dan objektif kami, PUNB telah menggariskan Piagam Khidmat Pelanggan bagi memandu setiap pekerja ke arah mencapai tahap kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan. Piagam ini telah dihasilkan melalui rundingan dengan pelbagai jabatan dan kami percaya ianya akan meletakkan anda pada teras penyampaian perkhidmatan terbaik kami kepada setiap pelanggan.


Janji Kami

  • Pantas dalam setiap tindakan
  • Bersikap adil pada semua pengadilan dan keputusan
  • Memastikan capaian kepada setiap maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan
  • Mematuhi undang-undang, polisi, syarat dan peraturan Malaysia


Perkhidmatan Kami

  • Kami akan sentiasa bersikap mesra, senang didekati, profesional, beretika serta komersial
  • Kami akan sentiasa memberi respon secara efisien kepada permintaan perkhidmatan dan pertanyaan
  • Kami akan sentiasa menjalankan tugas yang dimandatkan kepada kami dengan ikhlas, jujur dan integriti
  • Kami akan sentiasa membantu dalam membangunkan komuniti Bumiputera melalui keusahawanan


Saluran Komunikasi

Kami hargai setiap pertanyaan dan komen. Sila hubungi kami melalui saluran berikut:

Saluran

Prosedur

Telefon

Talian Awam: 03-2785 1515

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862

  • Kami berazam untuk menjawab sebarang panggilan ke talian awam dalam masa 3 deringan
  • Kami akan memperkenalkan diri sekiranya perlu apabila menjawab, membuat atau membalas panggilan
Surat/Faks/
Emel

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumbalas atas talian: www.punb.com.my
Faks: 03-2780 2100

Alamat Ibu Pejabat: 
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

  • Sekiranya perlu, kami akan mengesahkan penerimaan semua Surat/Faks/Emel secepat mungkin
  • Kami berazam untuk memberi respon dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan
  • Semua maklumat Surat/Faks/Emel akan disimpan mematuhi Polisi Keselamatan Informasi PUNB
Pengunjung

Pusat Khidmat Pelanggan

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (8.30pg – 5.30ptg)

Rehat:
Isnin – Khamis (1.00ptg – 2.00ptg)
Jumaat (12.30tgh – 2.45ptg)

Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

  • Kami akan mengesahkan serta melayan semua pertanyaan atau aduan anda mengikut kesesuaian


Saluran Aduan

Kami menghargai semua aduan yang diterima. Setiap aduan akan kami pastikan semua dilayan secara persendirian dan berpandukan fakta. Masa tindakbalas akan bergantung lepada kerumitan setiap kes.


Pengurusan Permohonan, Pelepasan dan Pembayaran

  • Proses Permohonan: dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh penerimaan pelan perniagaan
  • Pelepasan Pembiayaan: dalam masa 45 hari bekerja (selepas diluluskan)
  • Pembayaran kepada Pembekal: dalam masa 30 hari selepas penerimaan invois


Kesungguhan Kami

  • Adalah tanggungjawab kami untuk mengalukan kehadiran lawatan anda samada di pejabat atau di tapak pameran pada setiap masa
  • Janji temu dengan anda adalah keutamaan kami. Untuk setiap janji temu yang dibuat, setiap pegawai kami akan sentiasa menepati masa untuk berjumpa dengan anda
  • Sekiranya sebarang sistem kami tergendala atas sebarang akibat teknikal, kami akan cuba sedaya upaya untuk ianya dikembalikan secepat mungkin demi memastikan perniagaan dapat diteruskan dengan lancar seperti sediakala


Premis Kami

Adalah tanggungjawab kami memastikan premis kami sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun.


Harapan Kami

Kami bekerja berpandukan kepada polisi dan prosedur, oleh itu diharap para pelanggan dapat memahami dan mematuhi pada terma dan syarat kami bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati atau salah faham.


Pendapat Anda Tentang Khidmat Kami

Kami akan memastikan kemudahan pihak anda sentiasa lancar untuk menghubungi kami serta mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami. Kami komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu, kami ingin tahu pendapat anda untuk lebih maju.

 

  Hubungi Kami    Emel Kami