Jumaat, 23/08/2019

JUMPER 'Start Up'

LOGO

Pengenalan

Program JUMPER 'Start Up' PUNB merupakan program khas yang mensasarkan kepada graduan muda Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Inisiatif ini diwujudkan bagi melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran.

Program ini akan membantu perantis untuk mendalami selok-belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor).

Melalui program ini, perantis akan diberi pendedahan dan pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus serta latihan teori.

Perantis juga turut berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan.

Keistimewaan

  • Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.
  • Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan.
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000 untuk memulakan perniagaan.*

       *Tertakluk kepada terma & syarat

Kelayakan

  • Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh pendaftaran.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa

Mentor

  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.

Pertanyaan lanjut sila hubungi:

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.