Ahad, 20/08/2017

Program Siswazah Perantis

PUNB memperkenalkan Program Siswazah Perantis sebuah program khas yang mensasarkan graduan muda Bumiputera yang memilih untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Perantis berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan.

Program ini akan membantu mereka yang terpilih untuk mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor).

Perantis ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus dan latihan teori.

Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran.

Keistimewaan

  • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
  • Tempoh latihan maksima adalah 12 bulan bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan boleh dipertimbangkan untuk skim pembiayaan PROSPER Usahawan Muda.

Kelayakan

  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
  • Graduan muda yang memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
  • Graduan muda yang berminat untuk menjadi usahawan
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa

Mentor

  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Program Keusahawanan

Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:

 PK1   Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif
(Percetakan, telekomunikasi, cenderahati & ICT) 
 PK2  Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan
(Pembuatan Khemah, kanopi, perkakasan dan peralatan rumah, pembuatan perabot, perkhidmatan membaik pulih penghawa dingin dan alat elektrik, khidmat mengecat, pembuatan besi dll)
 PK3  Program Keusahawanan Khidmat Profesional (Akauntan)
(Akauntan)
 PK4  Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan
(Pusat jagaan kanak-kanak, pusat pendidikan awal kanak-kanak, kedai buku
dan alat tulis)
 PK5  Program Keusahawanan Fesyen
(Butik muslimah, butik lelaki, butik tudung, butik perkahwinan, kedai pakaian
kanak-kanak, kedai bunga tiruan)
 PK6  Program Keusahawanan Pembekalan Barangan Am & Makanan
(Pembekalan mesin fotokopi, kedai runcit, kedai peralatan automasi dan kelengkapan pejabat, pemprosesan minuman bikarbonat, penjualan tiket bas, bakeri, restoran,
makanan sejuk beku)
 PK7  Program Keusahawanan Bengkel Motokar & Motorsikal
(Servis dan baik pulih kereta, motorsikal dan jentera berat, penjualan kereta,
motorsikal dan alat ganti kereta dan motorsikal, kedai tayar)


Sila Hubungi:

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1417/1492
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sertai Kami 

 

facebook logo