Selasa, 23/10/2018

PROSPER Teras

PROSPER TERAS diwujudkan untuk membangun dan membantu usahawan peruncit Bumiputera meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor ekonomi negara dan menjadi penyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat berpendapatan tinggi.

Objektif:

  • Menaiktaraf dan memodenkan perniagaan runcit usahawan Bumiputera melalui susun atur produk, pilihan produk dan sistem bersepadu.
  • Memberi pendedahan kepada usahawan Bumiputera tentang selok-belok perniagaan, aplikasi kaedah pengurusan dan operasi yang teratur lagi sistematik.

Program PROSPER TERAS merangkumi:

1. Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan dari RM 50,000 sehingga maksimum RM500,000
  • Pembiayaan berlandaskan Shari’ah untuk tujuan ubahsuai premis dan modal kerja 
  • Pembiayaan berlandaskan Shari’ah untuk pembelian aset tetap, stok barangan dan keperluan aset yang berkaitan
  • Tempoh pembayaran sehingga 10 tahun
  • Modal sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kos

2. Perkhidmatan Perniagaan

     PUNB turut menyediakan perkhidmatan perkhidmatan seperti berikut:

  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Menyediakan khidmat nasihat dan pemantauan ke atas pengurusan dan operasi syarikat untuk membentuk urus tadbir korporat yang cemerlang
  • Latihan & Pembangunan Usahawan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi dan pengurusan am
  • Jaringan Perniagaan
  • Membantu menyediakan peluang untuk usahawan meluaskan skop jaringan perniagaan melalui program dan aktiviti yang dikenal pasti

Kelayakan:

1. Usahawan

  • Bumiputera
  • 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti
  • Mempunyai rekod kewangan yang memuaskan dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa

 

2. Perniagaan

  • Perniagaan 100% milik Bumiputera
  • Jenis perniagaan persendirian, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd
  • Perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Perniagaan yang berdaya maju
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah

Bidang Perniagaan:

PUNB menawarkan peluang pembiayaan dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Automotif
  • Bahan binaan
  • Telekomunikasi
  • Profesional
  • Pendidikan (Pra Sekolah, Pusat Jagaan Kanak-kanak & Pusat Tuisyen)
  • Sub-sektor industri peruncitan lain yang dikenal pasti mempunyai nilai tambah dan komersil yang tinggi

Proses Permohonan:

Berminat untuk mengetahui proses permohonan bagi PROSPER Teras? Sila rujuk pautan di bawah :

5 Langkah Permohonan


Daftar Sekarang Pengiraan Pembiayaan  Muat Turun Brosur