Rabu, 18/10/2017

PROSPER Pemborong

Sesuai untuk:

  • Usahawan Bumiputera yang ingin mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan.

Kemudahan yang ditawarkan:

  • Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah
  • Pembiayaan dari RM500,000 sehingga maksimum RM5 juta
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan

Kelayakan:

Usahawan

  • Bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi atau berpengalaman dalam perniagaan pemborongan dan pengedaran barangan
  • Mempunyai rekod yang memuaskan dengan institusi-institusi kewangan
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB

Perniagaan

  • Didaftarkan sebagai Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar yang mencukupi*
  • Perkongsian dengan rakan strategik bukan Bumiputera dengan pegangan ekuiti tidak lebih 30%*
  • Skop perniagaan meliputi pemborongan am, pengedaran secara ekslusif dan peruncitan berskala besar dan lain-lain bidang yang berkaitan
  • Mempunyai lesen, hak empunya (proprietary) atau hak pengedaran di atas nama usahawan Bumiputera
  • Perniagaan sedia ada yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun atau/dan pemohon mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang dicadangkan
  • Bersedia untuk menyediakan cagaran atau bersesuaian, jika diperlukan
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah

       *Tertakluk pada terma & syarat

Bidang Perniagaan:

PUNB menawarkan peluang pembiayaan dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Barangan pengguna
  • Barangan kegunaan industri komersil
  • Penyediaan khidmat hospitaliti bersaiz besar seperti hotel bajet, medan selera, rangkaian pusat perkembangan kanak-kanak dan sebagainya
  • Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan berskala besar

Proses Permohonan:

Berminat untuk mengetahui proses permohonan bagi PROSPER Pemborong? Sila rujuk carta alir dibawah :

langkah baru


Daftar Sekarang Pengiraan Pembiayaan  Muat Turun Brosur