Khamis, 29/06/2017

PROSPER Runcit

Sesuai untuk:

  • Usahawan Bumiputera yang ingin menceburi atau mengembang perniagaan runcit.

Kemudahan yang ditawarkan:

  • Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah
  • Pembiayaan dari RM100,000 sehingga maksimum RM1 juta
  • Bagi pembiayaan melebihi RM300,000, struktur perniagaan mestilah syarikat Sendirian Berhad kecuali perniagaan Stesen Minyak
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan

Kelayakan:

Usahawan

  • Bumiputera
  • 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
  • Membiayai sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek. 
  • Rekod yang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan.
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus wajib yang dikenal pasti oleh PUNB

 

Perniagaan

  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputera
  • Perniagaan berdaya maju
  • Lokasi perniagaan telah dikenalpasti
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah

Bidang Perniagaan:

PUNB menawarkan peluang pembiayaan dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Stesen minyak
  • Kedai tekstil & pakaian
  • Kedai emas
  • Kedai cermin mata / optik
  • Penjualan makanan & minuman
  • Kedai kasut / barangan kulit
  • Kedai kosmetik & kecantikan
  • Kedai aksesori wanita
  • Kedai buku & alat tulis
  • Kedai herba dan ubatan tradisional
  • Peralatan sukan dan rekreasi
  • Kedai elektrik & elektronik
  • Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan

Proses Permohonan:

Berminat untuk mengetahui proses permohonan bagi PROSPER Runcit? Sila rujuk carta alir di bawah :

langkah baru


Daftar Sekarang  Pengiraan Pembiayaan  Muat Turun Brosur