Khamis, 29/06/2017

PROSPER Usahawan Muda

Sesuai untuk:

  • Golongan muda Bumiputera yang berminat menceburi bidang keusahawanan

Kemudahan yang ditawarkan:

  • Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah
  • Jumlah pembiayaan sehingga maksimum RM100,000
  • Pembiayaan melebihi RM50,000 hanya ditawarkan kepada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang sedia ada dan telah beroperasi sekurung-kurangnya 1 tahun
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan

Calon Sasaran:

Usahawan

  • Golongan muda Bumiputera yang berumur 18 tahun dan tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftaran
  • Setiap usahawan perlu menyediakan modal sumbangan minimum sebanyak RM500
  • Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan PUNB
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan

Perniagaan

  • 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
  • Perniagaan yang berdaya maju
  • Perniagaan patuh Shari'ah

Bidang Perniagaan Tumpuan:

  • Pendidikan
  • Pengedaran & Pasar Basah
  • Pakaian & Aksesori
  • Konfeksi & Gerai Makanan
  • Kosmetik & Perkhidmatan Kecantikan
  • Alatan Logam & Perkhidmatan Kejuruteraan
  • Fotokopi & Percetakan
  • Buku & Alat Tulis
  • Perhiasan Rumah
  • Automotif
  • Peralatan Komputer

Proses Permohonan:

Berminat untuk mengetahui proses permohonan bagi PROSPER Usahawan Muda? Sila rujuk carta alir di bawah :

7langkah baru


Daftar Sekarang Pengiraan Pembiayaan  Muat Turun Brosur