Ahad, 20/08/2017

PKS

Sesuai untuk:

  • Usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan & perkhidmatan yang terpilih ingin mengembangkan perniagaan berorientasikan pasaran, berdaya saing dan mempunyai potensi eksport yang tinggi di peringkat tempatan dan global.

Kemudahan yang ditawarkan:

  • Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah
  • Pembiayaan dari RM500,000 sehingga maksimum RM5 juta
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan

Kelayakan:

Usahawan

  • Bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Mempunyai rekod yang memuaskan dengan institusi-institusi kewangan
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB

Perniagaan

  • Didaftarkan sebagai Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar yang mencukupi*
  • Perkongsian bersama dengan rakan strategik bukan Bumiputera dengan pegangan ekuiti tidak lebih 30%
  • Mempunyai model perniagaan dan strategi pelaksanaan yang baik
  • Berupaya menghasilkan kadar pulangan sekurang-kurangnya setanding dengan prestasi industri yang diceburi
  • Mampu membayar pembiayaan yang sedia ada termasuk pembiayaan yang baru
  • Perniagaan sedia ada yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun atau/dan pemohon mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang dicadangkan
  • Bersedia untuk menyediakan cagaran yang bersesuaian, jika diperlukan
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah

*tertakluk pada terma dan syarat

Bidang Perniagaan Tumpuan:

  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Elektrik, Elektronik dan Peralatan Komputer
  • Bio-teknologi, Farmasi, Peralatan/ Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan
  • Teknologi Makanan
  • Produk berasaskan pertanian
  • Kimia, Barangan /Perkhidmatan Gas & Petroleum
  • Lain-lain sektor ekonomi yang sinergi dengan porfolio pelaburan PUNB

Proses Permohonan:

Berminat untuk mengetahui proses permohonan bagi PROSPER PKS? Sila rujuk pautan dibawah :

langkah baru


Daftar Sekarang Pengiraan Pembiayaan  Muat Turun Brosur