Khamis, 29/06/2017

PROSPER Prime

PROSPER Prime ini bertujuan membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan pemborongan untuk meningkatkan capaian pasaran yang lebih besar dengan mensasarkan lokasi perniagaan yang strategik terutama di pusat membeli-belah dan di kompleks perniagaan utama yang dikenal pasti.

Ciri-Ciri Pembiayaan PROSPER Prime :

Pakej Pembiayaan:

Kos Pembiayaan Projek

  • Sehingga 50% daripada jumlah keseluruhan projek atau maksimum RM2 juta yang mana lebih rendah

Had Pembiayaan Syarikat

  • Maksimum RM5 juta untuk sebuah syarikat dan terhad kepada 10 kali permohonan

Tempoh Pembiayaan

  • Maksimum 5 tahun.

Keistimewaan Pakej

  • Pembiayaan berasaskan Shari’ah
  • Tiada cagaran
  • 2% kadar keuntungan
  • 20% rebat dari jumlah pembiayaan untuk rekod pembayaran yang baik

Pra-Syarat Projek

  • Kos projek minimum sebanyak RM500,000
  • Projek berimpak tinggi, mempunyai nilai tambah dan kesan pengganda yang tinggi
  • Projek berpotensi untuk pertumbuhan lestari dalam menyediakan peluang pekerjaan untuk Bumiputera di peringkat pengurusan dan profesional
  • Lokasi strategik terutama di kompleks perniagaan utama
  • Projek patuh Shari’ah

Pra-Syarat Syarikat

  • Pegangan saham Bumiputera dalam syarikat sekurang-kurangnya 70%
  • Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan atau pengurusan tertinggi terdiri dari Bumiputera
  • Nilai pelaburan syarikat dalam projek mesti sama atau lebih dari 20% dari jumlah permohonan pembiayaan
  • Mempunyai keupayaan, kemampuan, kemahiran dan pengalaman untuk melaksanakan projek

Skop Pembiayaan*:

Perbelanjaan Pra Operasi

  • Yuran Francais
  • Yuran ‘territorial’
  • Deposit sewa & utiliti
  • Konsep outlet / Reka bentuk hiasan dalaman
  • Pengubahsuaian dan M&E (untuk permulaan sahaja)

Operasi

  • Program pemasaran berterusan
  • Promosi
    • Pra Pembukaan
    • Pelancaran
    • Aktiviti promosi yang berterusan

Pembangunan Jenama

  • Promosi jenama melalui aktiviti & media
  • Pembungkusan
  • Pensijilan
  • Pendaftaran hak milik intelektual
  • Laman web
  • Perkembangan ke peringkat global

*Tidak termasuk kos pengubahsuaian kali kedua, stok/inventori dan kegunaan untuk modal pusingan.

Cara Memohon:

Sila hantar cadangan perniagaan anda ke:

Pusat Khidmat Pelanggan

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD,
Tingkat 12, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur

Faks: 03-2780 2100

Atau

Kepada Pejabat wilayah/cawangan

Atau

Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sesi taklimat pembiayaan perniagaan PUNB diadakan setiap Isnin, jam 10.00 pagi bertempat di semua pejabat PUNB.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Pusat Khidmat Pelanggan: 1 300 13 7862

 

Muat Turun Brosur