Rabu, 18/10/2017

Soalan Lazim

Skim PKS

Skim PROSPER Pemborong

Skim PROSPER Runcit

Skim PROSPER Usahawan Muda

Sebarang entiti perniagaan milik Bumiputera dan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 layak untuk memohon pembiayaan PUNB. Sekiranya syarikat tersebut didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, individu Bumiputera tersebut perlu aktif dan memiliki sekurang-kurangnya 70% pegangan saham di syarikat tersebut.  Selain itu,  syarikat tersebut telah berniaga sekurang-kurangnya 2 tahun dimana produk atau perkhidmatan telah berada di pasaran.

Di dalam Skim PKS, fokus pembiayaan  tertumpu kepada bidang perusahaan dan perkhidmatan terpilih yang mempunyai pertumbuhan  dan potensi export yang tinggi. Selain dari itu, PUNB juga mengambil kira sektor perniagaan ekonomi lain yang bersinergi dengan portfolio pelaburan PUNB yang sedia ada.

Sektor perniagaan yang tidak dibiayai oleh PUNB adalah perkhidmatan kewangan, pertanian, peternakan, hartanah & pembinaan, hiburan dan perniagaan berkaitan pelancongan. PUNB juga tidak akan mempertimbangkan sektor-sektor perniagaan yang bercanggah dengan prinsip Shari’ah.

PUNB mengambil masa maksimum 60 hari bekerja dari tarikh penerimaan rancangan  perniagaan untuk meluluskan permohonan dengan syarat semua maklumat dan dokumen lengkap.

Untuk mengeluarkan pembiayaan, PUNB mengambil masa maksimum 45 hari bekerja dari tarikh diluluskan dengan syarat semua dokumen berkaitan adalah lengkap dan telah ditandatangani. Walaubagaimanapun, ia mungkin mengambil masa lebih lama bagi kes-kes di mana pemohon perlu mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada pemberi pinjaman yang sedia ada.

Ya, terdapat yuran pemprosesan bagi setiap permohonan yang dibuat.

Walaubagaimanapun, anda boleh membuat bayaran selepas permohonan diluluskan  oleh pihak PUNB.

Ya, kadar keuntungan yang dikenakan oleh PUNB adalah kompetitif dengan pembiayaan konvensional yang lain di pasaran. 

Secara amnya, PUNB menyediakan pembiayaan maksimum RM5 juta  kepada syarikat yang layak, tertakluk kepada nisbah modal berbayar (tanpa dihakis oleh kerugian terkumpul) kepada pembiayaan tidak melebihi 1:4.

Pembiayaan akan dikeluarkan mengikut jenis kemudahan yang ditawarkan. Bagi pembiayaan modal kerja, pembiayaan ini disalurkan kepada akaun semasa syarikat yang akan dipantau oleh PUNB.

Bagi pembiayaan aset tetap dan kemudahan A-Murabaha, pembiayaan ini disalurkan terus kepada akaun pembekal atau penjual.

Untuk PUNB membantu syarikat anda dengan cara yang paling berkesan, anda perlu memastikan perkara berikut :

  1. Penyata kewangan syarikat disediakan dan dihantar ke PUNB pada masa yang ditentukan,
  2. Memberi kerjasama apabila PUNB memantau prestasi kewangan syarikat dan operasi perniagaan, 
  3. Memastikan pengarah dan pekerja menghadiri kursus-kursus berkaitan yang dianjurkan oleh PUNB atau pihak ketiga dari masa ke semasa.

Kebiasannya, PUNB tidak memerlukan apa-apa cagaran untuk anda mendapatkan pembiayaan.

Pada masa permohonan dibuat, perniagaan anda mungkin didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian. Walaubagaimanapun, selepas PUNB meluluskan pembiayaan, anda perlu menubuhkan Syarikat Sdn Bhd (Sendirian Berhad) dengan struktur modal dan pegangan saham yang telah dipersetujui.

Jika syarikat itu didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, individu Bumiputera tersebut mesti menjadi rakan kongsi aktif yang memiliki sekurang-kurangnya 70% pegangan saham dalam syarikat tersebut. Pihak Pengurusan utama syarikat juga perlu  terdiri sekurang-kurangnya 70% Bumiputera.

Ya, Anda perlu membayar yuran pemprosesan minimum RM50 dan maksimum RM1000 setelah permohonan diluluskan. Skel yuran bergantung kepada jumlah pembiayaan yang di pohon.

Secara amnya, PUNB menyediakan pembiayaan maksimum RM5 juta kepada syarikat yang layak, tertakluk kepada nisbah modal berbayar (tanpa dihakis oleh kerugian terkumpul) kepada pembiayaan tidak melebihi 1:4.

Permintaan tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya penjelasan diterima atas alasan yang sahih. Walaubagaimanapun, sekiranya penangguhan lebih dari 6 bulan, PUNB perlu menilai semula permohonan anda dan projek mengikut masa kini.  Pada ketika itu, tempoh sah pembiayaan asal akan luput secara automatik.

Perniagaan borong yang layak untuk pembiayaan adalah seperti barangan pengguna dan industri bagi aktiviti perniagaan berikut :

Selain menjual barangan,perniagaan borong juga termasuk menyedia atau mengatur peruntukan  logistik, pemasaran dan perkhidmatan sokongan seperti pembungkusan dan penlabelan, pengurusan inventori dan penghantaran. 

Skim Pemborong PROSPER menawarkan pembiayaan modal kerja bagi pembelian barangan/stok, jualan dan pembelian kredit, dan perbelanjaan operasi. Walaubagaimanapun, PUNB akan mempertimbangkan pembiayaan untuk pembelian aset tetap tertentu yang penting untuk menjana pendapatan bagi perniagaan.

Tidak boleh. Hanya panel peguam PUNB dibenarkan untuk menyediakan semua dokumentasi berkaitan perjanjian pembiayaan.

Kebiasannya PUNB tidak memerlukan apa-apa cagaran daripada anda untuk mendapatkan pembiayaan perniagaannya.

Tempoh pembiayaan bergantung kepada jenis pembiayaan yang ditawarkan.   

Kebiasannya tempoh pembiayaan adalah 7 tahun

Anda layak memohon sekiranya menepati syarat-syarat berikut :

  1. Berpengetahuan dan mempunyai pengalaman dalam perniagaan yang diceburi
  2. Perniagaan berpotensi / berupaya membayar pembiayaan
  3. Lokasi perniagaan yang sesuai dan strategik 
  4. Mempunyai rekod kewangan yang baik

Anda perlu menyediakan rancangan perniagaan dan menghantar laporan kewangan syarikat yang telah diaudit, akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

Anda boleh memohon, tetapi untuk melayakkan diri untuk pembiayaan, anda perlu menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Anda perlu meletak jawatan apabila menerima surat tawaran daripada PUNB.

Ya. Kami mempertimbangkan perniagaan berkonsepkan dalam talian dengan syarat anda mempunyai pejabat, stor simpanan barangan dan laman sesawang bagi mempromosikan perniagaan anda.

Tempoh pembiayaan maksimum adalah 7 tahun dan kadar keuntungan adalah sebanyak 5% setahun. Dalam menggalakkan usahawan untuk membayar pembiayaan pada masa yang ditetapkan, pihak Pengurusan boleh mempertimbangkan untuk memberi ‘Ibra.

Had umur minimum ialah 18 tahun dan maksimum 55 tahun. Walaubagaimanapun, jika pemohon berumur lebih dari 55 tahun, pemohon perlu mempunyai pengarah atau rakan kongsi yang memegang saham syarikat melebihi 40%. Ini bagi memastikan  perniagaan tersebut mempunyai pengganti yang boleh menentukan kesinambungan sekiranya berlaku sesuatu kepada pemilik.

Anda boleh memohon, tetapi untuk melayakkan diri untuk pembiayaan, anda perlu menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Anda perlu meletak jawatan apabila menerima surat tawaran daripada PUNB.

Anda tidak boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan sahaja. Ini adalah kerana PUNB menawarkan pakej bersepadu merangkumi pembiayaan, khidmat nasihat, latihan dan pemantauan. Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan syarikat/ perniagaan menjalankan perniagaan  mengikut rancangan perniagaan anda.

Tempoh kelulusan dan pengeluaran tertakluk kepada maksimum 60 hari bekerja jika anda : 

a) Menyerahkan rancangan perniagaan beserta dengan dokumen lengkap

b) Menepati kesemua ‘ Condition Precedents’,

c) Mendapat kebenaran dari institusi kewangan untuk membenarkan syarikat mencagar aset dalam bentuk aset tetap dan/atau terapung pada masa sekarang atau hadapan (debentur) atau cagaran spesifik (jika perlu)

PUNB akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pembiayaan tersebut.

Tidak ada sebarang latihan wajib yang disyaratkan kepada pemohon. Walaubagaimanapun, anda dijemput untuk menghadiri bengkel rancangan perniagaan sekiranya anda tidak dapat menyediakan ya sendiri. Kadar yuran yang dikenakan adalah berpatutan.

Ya, anda layak untuk memohon. Sila pastikan anda mempunyai keputusan peperiksaan semester akhir atau surat pengesahan tamat belajar dari Universiti / Kolej.

PUNB akan mempertimbangkan permohonan anda bergantung kepada daya maju dan pengalaman anda berkaitan dengan perniagaan baru yang dicadangkan.

Antara dokumen yang perlu disediakan adalah :

a) Penyata Bank 6 bulan terkini,

b) Laporan Pengurusan 12 bulan terkini,

c) Laporan Jualan 12 bulan terkini,

d) Unjuran Akaun Untung/Rugi dan Aliran Tunai untuk 2 tahun,

e) Akaun Audit terkini (Sdn Bhd) / Laporan Kewangan (Pemilik tunggal / Perkongsian)

f) Borang 9,24 dan 49 (Sdn Bhd) / Borang A, B dan D ( Pemilik tunggal / Perkongsian)

g) M&A Syarikat.

h) Lesen Premis Perniagaan

i) Perjanjian Sewaan (jika berkenaan)

Anda boleh dapatkan salinan senarai semak dokumen tersebut dari Kaunter Khidmat Pelanggan kami.

Ya. Anda perlu membayar yuran sebanyak RM50 setelah permohonan diluluskan.

PUNB mengambil maksimum 60 hari bekerja dari tarikh penerimaan rancangan perniagaan untuk meluluskan permohonan dengan syarat semua maklumat dan dokumen adalah lengkap.
Untuk mengeluarkan pembiayaan, PUNB mengambil maksimum 45 hari bekerja dari tarikh kelulusan dengan syarat semua dokumen berkaitan lengkap dan telah ditandatangani.

Selain daripada pembiayaan, PUNB juga menyediakan khidmat pemantauan dan khidmat runding perniagaan untuk memastikan perniagaan anda berada di tahap pembangunan untuk maju dan berkembang. PUNB juga menawarkan latihan, kursus, forum dan jaringan perniagaan bagi membantu usahawan dalam perniagaan mereka.

Ya. Anda boleh membuat pembayaran awal untuk menjelaskan pembiayaan kepada PUNB.  Anda boleh mengemukakan cadangan ini kepada pegawai PUNB yang akan menilai kedudukan semasa kewangan syarikat, sebelum dan selepas pembayaran dibuat (sekiranya pembayaran dibuat)   

Bayaran boleh dibuat secara bulanan menggunakan cek tertunda.