Rabu, 18/10/2017

PDPA 2010

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
NOTIS PRIVASI



Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (“PUNB”) akan mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan undang-undang Malaysia.

Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan Serta Bagaimana Kami Mengumpulnya

Untuk membolehkan kami menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, , kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "proses") data peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat emel, pekerjaan, butir-butir hubungan, dan apa jua maklumat yang perlu mengenai anda dan transaksi-transaksi anda dengan kami .

Kami mungkin mendapatkan data ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan atau perjanjian yang anda telah ditandatangani bersama kami apabila memohon perkhidmatan kami;
b. melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami;
c. daripada apa-apa sumber-sumber lain yang berkenaan dengannya di mana anda telah memberi kebenaran untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau di mana ia tidak sebaliknya dihadkan.

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan yang berikut:

a. untuk memasti dan mengesahkan identiti anda;
b. untuk menilai dan memproses permohonan/pertanyaan anda bagi perkhidmatan kami dan atau di bawah mana-mana skim;
c. untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui semakan rujukan kredit;
d. untuk mengurus dan mengekalkan akaun/kemudahan anda dengan kami;
e. untuk menguruskan perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami dengan lebih baik;
f. untuk lebih memahami keadaan perniagaan dan/atau kewangan anda;
g. untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk-produk, perkhidmatan dan program yang mungkin menarik minat anda ;
h. untuk menjalankan penyelidikan ke atas produk dan perkhidmatan baru untuk anda serta untuk memperbaiki perkhidmatan kami;
i. untuk memberitahu anda tentang manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri perkhidmatan kami;
j. untuk membalas pertanyaan dan aduan anda dan secara amnya untuk menyelesaikan pertikaian;
k. untuk menjalankan penyelidikan bagi tujuan analisis dan/atau perangkaan;
l. untuk menilai risiko kewangan;
m. untuk memindahkan hak dan kewajipan kami di bawah perjanjian ini ;
n. untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapat kembali apa-apa wang yang terhutang kepada kami;
o. untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang (‘money-laundering’); untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
p. untuk sebarang tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang , peraturan-peraturan , garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan; dan/atau
q. untuk memasarkan produk dan perkhidmatan PUNB dan menghantar sebarang pengiklanan dan/atau bahan-bahan promosi kepada anda.
Kami akan meminta kebenaran anda sebelum menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan dalam terma-terma privasi dalam perjanjian anda dengan kami (sekiranya ada).

Pendedahan Data Peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau akaun/kemudahan anda dengan kami kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

a. syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen-ejen kami dan/atau penasihat profesional kami;
b. syarikat dan/atau organisasi yang memberi perkhidmatan kepada kami dan membantu kami dalam pemprosesan dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta termasuk tetapi tidak terhad kepada institusi kewangan, agensi rujukan kredit, biro kredit dan/atau pusat biro;
c. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan nilai tambah yang anda minta;
d. penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional yang lain) di mana dibenarkan oleh anda;
e. mana-mana orang lain yang anda nyatakan yang diberi kuasa untuk memberi arahan atau untuk menggunakan perkhidmatan bagi pihak anda;
f. mana-mana pihak ketiga akibat mana-mana penyusunan semula akaun/kemudahan anda atau penjualan hutang, atau pemerolehan mana-mana syarikat oleh PUNB, dengan syarat mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
g. mana-mana pemegang serah hak atau penerima pindahan sebenar atau yang dicadangkan oleh PUNB dan mana-mana pihak lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada PUNB untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan data peribadi anda; dan/atau
h. mana-mana pihak berkuasa dan/atau pengawal selia yang berwibawa,
tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang, (termasuk peraturan-peraturan , garis panduan dan/atau kewajipan) yang berkenaan dengan PUNB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).

Kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit dan peribadi dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak luar kecuali:

a. di mana anda telah memberi kebenaran;
b. di mana kami diwajibkan atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
c. di mana ianya dikehendaki atau diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas PUNB;
d. di mana kami mungkin memindahkan hak dan kewajipan di bawah perjanjian ini;
e. di mana kami diwajibkan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Membuat Pilihan Berhubungan Dengan Pendedahan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda untuk Tujuan Pemasaran

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda maklumat mengenai acara, program latihan dan/atau perkhidmatan kami dan pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau memberi manfaat kepada anda, kecuali jika selainnya diminta oleh anda.

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada rakan kongsi strategik kami. Walaubagaimnapun, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada rakan kongsi strategik kami di mana kebenaran terdahulu anda telah diperolehi dan tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada PUNB. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa perjanjian kami dengan rakan kongsi strategik kami mengandungi kewajipan kerahsiaan dan privasi yang bersesuaian.

Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda berubah fikiran anda berhubung dengan keputusan yang anda buat sebelum ini, sila hubungi kami di alamat yang dibutirkan di akhir Notis Privasi ini. Arahan terkini bertulis anda kepada kami akan diguna pakai.

Bagaimana Jika Data Peribadi Yang Anda Berikan Tidak Lengkap?

Ia mungkin wajib ke atas anda dalam keadaan tertentu untuk memberikan maklumat peribadi tertentu untuk membolehkan kami memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan kami. Jika anda tidak dapat atau menolak untuk memberikan maklumat peribadi wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan yang tersebut.

Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Data Peribadi Anda

Anda mempunyai hak untuk memohon daripada kami untuk melakukan sebarang pembetulan ke atas data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Anda boleh membuat permintaan mengakses dan/atau membuat pembetulan dengan menghubungi kami di alamat yang tertera di akhir Notis Privasi ini.
Sila ambil perhatian bahawa di dalam keadaan tertentu, kami mungkin perlu menahan akses ke atas maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda sebab-sebab mengapa kami tidak dapat akur dengan permintaan anda.

Pindaan Kepada Notis Privasi

Notis Privasi ini boleh dipinda dari masa ke semasa. Notis mana-mana pindaan tersebut akan disiarkan di laman web PUNB dan/atau melalui apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh PUNB.

Pertanyaan / Aduan / Komunikasi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (antara [8:30 pagi hingga 5:30 ptg] - Isnin hingga Jumaat) melalui maklumat yang berikut:

Jawatan:

Nombor telefon:

Nombor faks:

E-mel:

Alamat: