Ahad, 20/08/2017

Tips Rancangan Perniagaan

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN PUNB

1. Pendahuluan & Pengenalan Projek

2. Profil usahawan (untuk pemohon & kesemua pengarah syarikat / rakan kongsi jika ada)

3. Profil perniagaan / syarikat

4. Aspek Pengurusan Sumber Manusia:
    a) Struktur Organisasi
    b) Huraian Tugas
    c) Jadual penggajian

5. Aspek Perkhidmatan & Operasi:
    a) Peralatan / aset sedia ada (sekiranya sedang berniaga)
    b) Peralatan / aset yang diperlukan
    c) Stok / bahan mentah sedia ada (sekiranya sedang berniaga)
    d) Stok / bahan mentah yang diperlukan
    e) Waktu operasi

6. Aspek Pemasaran:
    a) Lokasi – di mana & kelebihan
    b) Premis Perniagaan– alamat kedai
    c) Kumpulan sasaran – siapa pembeli
    d) Saiz kumpulan sasaran – berapa ramai pembeli di lokasi tersebut
    e) Ramalan jualan bulanan untuk 2 tahun termasuk andaian untuk ramalan jualan bulan pertama selepas pembiayaan diluluskan
    f) Trend Jualan
    g) Strategi Pemasaran
    h) Analisa pesaing

7. Aspek kewangan:
    a) Margin kasar perniagaan
    b) Perincian Aliran Kewangan
    c) Kos Projek
    d) Unjuran aliran tunai bulanan (2 tahun) – termasuk bayaran balik pembiayaan PUNB @ 5% setahun selain usahawan muda (4%) , tempoh 7 tahun
    e) Unjuran penyata untung/rugi bulanan (2 tahun)

8. Sumber rujukan – Seseorang yang boleh dihubungi untuk sebarang maklumat mengenai pemohon/permohonan

9. Kesimpulan

10. Lampiran (sila rujuk muka surat 2 untuk senarai lampiran yang diperlukan)

 

SENARAI LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN

1. Lampiran 1: (untuk pemohon & kesemua rakan kongsi / pengarah syarikat jika ada)
    a) 1 salinan mykad
    b) 2 keping gambar berukuran passport
    c) Salinan sijil kelayakan akademik yang tertinggi
    d) Salinan sijil kursus-kursus yang berkaitan
    e) Salinan surat-surat pengesahan yang berkaitan
     f) Borang Pengisytiharan Perlindungan Data Peribadi (PDP 2) oleh Pemohon dan Pengarah Syarikat


2. Lampiran 2:
    a) Salinan daftar perniagaan (SSM) – Borang A, B & D untuk perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian ATAU Borang 9, 24 & 49 dan Memorandum of Article of
        Association untuk syarikat Sdn Bhd
    b) Salinan lesen perniagaan (PBT) & permit yang berkaitan
    c) Penyata bank akaun perniagaan/syarikat – untuk 6 bulan atau bulan terkini
    d) Laporan kewangan/perakaunan (Penyata Untung/Rugi & Kunci Kira-Kira)- untuk 3 tahun atau tahun terkini. Sekiranya beroperasi kurang dari setahun ‘management
        account’ memadai. Untuk perniagaan berbentuk Enterprise, laporan kewangan boleh disediakan sendiri atau menggunakan khidmat akauntan bertauliah.
    e) Borang B – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika ada

3. Lampiran 3:
    a) Bagi aset yang telah dibeli sila lampirkan- salinan resit/invois, jika ada dan gambar 
    b) Satu sebutharga untuk setiap aset/peralatan yang hendak dibeli
    c) Bagi perniagaan sedia ada, sila lampirkan senarai pembekal & salinan beberapa invois sebagai bukti pembelian stok

4. Lampiran 4:
    a) Peta lokasi & pelan lantai premis perniagaan
    b) Gambar kedai & kawasan persekitaran (premis perniagaan lain yang berhampiran)
    c) Perjanjian penyewaan premis
    d) Salinan CF/cukai pintu (jika ada)
    e) Senarai pelanggan kontrak (jika ada) – sertakan sekali salinan kontrak

Nota:
1. Format Rancangan Perniagaan ini adalah untuk mereka yang boleh membuat rancangan perniagaan sendiri.
2. Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bagi membuat rancangan perniagaan boleh mendaftar melalui email seperti di bawah untuk mengikuti Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan PUNB. Sila pilih mengikut kategori yang bersesuaian dengan anda.

Kategori A Kategori B
 1. Telah berniaga melebihi dari setahun.  1. Telah atau belum berniaga.
 2. Kursus adalah 1 hari (dari 9 pg -6 ptg). Tiga kali makan.  2. Kursus adalah 2 hari (dari 9 pg- 6 ptg). Tiga kali makan.
 3. Yuran kursus : RM 100.00/orang.  3. Yuran kursus : RM 200.00/orang.

Sila layari www.punb.com.my untuk Jadual Kursus
  • Sila email pertanyaan/pengesahan kehadiran anda kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (u.p: En. Mohamad Shareen Abdul), 5 hari bekerja sebelum tarikh kursus.
  • Bayaran hendaklah dibuat melalui ‘bank in’ ke akaun CIMB no: 8600141418, 5 hari bekerja sebelum hadir ke kursus. Sila bawa salinan ‘bank in slip’ semasa pendaftaran.
  • Sijil kursus akan diberikan kepada peserta.