PUNB - "Kejayaan Anda Aspirasi Kami"
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ialah badan nasional pembangunan usahawan Bumiputera.
Fokus utama PUNB ialah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
Ia menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.
Tentang Kami
PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 dan ia merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra, badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera.
Ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan RM300 juta dimana RM250 juta telah berbayar. Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej -pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka kearah kecemerlangan.
Inilah asas keujudan PUNB.
|