LAMAN UTAMA PETA LAMAN SOALAN LAZIM PAUTAN KHIDMAT PELANGGAN
CARIAN   
BAHASA MELAYU
PUSAT MEDIA
Buletin
Pengumuman
Tip Perniagaan
Artikel Perniagaan
Iklan


"Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"

Buletin

Harian Metro - Bisnes, 21 Dec 2009
Celcom Sasar 1,300 Usahawan Telekomunikasi Wilayah Utara

Cecom (M) Bhd (Celcom) menyasar untuk melahirkan kira-kira 300 usahawan Bumiputera di Perak yang terbabit dalam bidang telekomunikasi menerusi pelancaran program dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Program yang bermula sejak Jun tahun lalu itu sehingga kini melahirkan lebih 100 usahawan di negeri ini dan seramai 1,300 usahawan di kawasan utara tanah air.

Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abd Ghaffar, berkata menjelang akhir tahun depan, sasaran untuk melahirkan lebih 700 usahawan di Perak akan dapat dicapai.

“Menerusi program ini, PUNB menawarkan pinjaman RM50,000 bagi setiap usahawan manakala Celcom pula menyediakan latihan dan sokongan kepada pengedar yang layak.

“Prospek perniagaan ini luas kerana bidang telekomunikasi sentiasa berubah dan khalayak yang menggunakan alat telekomunikasi sentiasa bertambah setiap masa,” katanya pada sidang media selepas Program Pembangunan Usahawan Bumiputera (PPUB) di Ipoh, Perak, kelmarin.

Hadir sama Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak, Datuk Hamidah Osman.

Selain PUNB, program itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri dan syarikat pengeluar komputer, Mutiara Smart Computing Sdn Bhd.

Saiful Bahrin berkata, pihaknya bercadang meningkatkan jumlah pengedar sehingga 1,000 pengedar di Perak berbanding 500 pengedar berdaftar sekarang.





ENGLISH

Laman Portal ini dipaparkan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 5 dan ke atas.
Penafian | Hakcipta Terpelihara PUNB, 2005. Powered by Skali
PUNB Web Mel