LAMAN UTAMA PETA LAMAN SOALAN LAZIM PAUTAN KHIDMAT PELANGGAN
CARIAN   
BAHASA MELAYU
PERUNCITAN
Skim PROSPER Runcit
Skim PROSPER Siswazah
Skim Pemborong PROSPER
Program Siswazah Perantis PUNB


 "Apabila bercakap mengenai jenama, kita bercakap mengenai membina perhubungan antara pelanggan dan pengguna dengan kita. Jenama yang hendak dibangunkan adalah berkaitan dengan janji yang kita buat dan tunaikan (atau tidak tunaikan) kepada pelanggan"


Skim PROSPER Siswazah

siswazah_logo.png


Latar Belakang

Peluang untuk siswazah muda Bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masih terbuka luas. Menyedari keadaan ini, PUNB mengalu-alukan siswazah muda Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan golongan usahawan Bumiputera yang berintelek.

Sehubungan itu, kami menyediakan pakej keusahawanan khas PROSPER Siswazah yang bertujuan untuk mendorong, membimbing dan membangun siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan.

Objektif
  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan, khususnya perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik. 

Skim PROSPER Siswazah 

I)  Kemudahan Pinjaman.

PROSPER Siswazah  menyediakan 2 jenis pakej pinjaman yang  berlandaskan prinsip Qard Al-Hasan.Pakej-pakej pinjaman ini adalah;

Pakej A
Menyediakan pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 3 sehingga 7 tahun.

Pakej B
Menyediakan pinjaman dari RM 50,001 sehingga  maksimum RM 100,000 untuk perniagaan  perkongsian atau Sdn Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 5 sehingga 7 tahun.


II) Perkhidmatan Perniagaan

Pakej pinjaman A dan B ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan,pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan  sepanjang tempoh pembiayaan  dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan.

Syarat Kelayakan

Siswazah sasaran
· Siswazah Bumiputera yang memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
· Berumur tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftaran.
· Setiap  usahawan dapat membiayai modal minimum sebanyak RM 500
. Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.

 Perniagaan
· 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
· Perniagaan baru atau peringkat perkembangan

 Skop perniagaan

· Runcit
· Pengedaran
· Jualan Terus dan Stokis
· Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
· Perkhidmatan Profesional
· Industri  Desa  berasaskan Pertanian
· Perkhidmatan dari Rumah
· Perkhidmatan Pendidikan

Proses Permohonan

  1. Peserta mendaftar  melalui  Borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan 
  3. Peserta hadiri kursus  Rancangan Perniagaan selama 3 hari ( yuran : RM50.00)
  4. Peserta membentangkan Rancangan  Perniagaan
  5. Kelulusan pembiayaan
  6. Peserta menghadiri Kursus Asas Keusahawanan selama 4 hari.

Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:

Sekretariat PROSPER 
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel : prosper_siswazah@punb.com.my                                        



.





ENGLISH

Laman Portal ini dipaparkan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 5 dan ke atas.
Penafian | Hakcipta Terpelihara PUNB, 2005. Powered by Skali
PUNB Web Mel