
PUNB menyediakan pakej pembangunan keusahawanan bersepadu ini khusus untuk membantu dan memudahkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam PKS.
Tujuan utamanya adalah untuk membangunkan syarikat Bumiputera yang berorientasikan pasaran dan berdaya saing di peringkat global dalam pendekatan perniagaan mereka. Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang pesat membangun dan mempunyai potensi ekspot yang tinggi dalam bidang-bidang pembuatan dan perkhidmatan yang terpilih. Perniagaan-perniagaan ini merupakan alat penting untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Kemudahan & Jangkamasa Pembiayaan
PUNB menyediakan dana untuk membantu memulakan dan mengembangkan perniagaan Bumiputera dalam bidang-bidang berkaitan produk, pasaran dan operasi.
Dana ini disediakan melalui suntikan modal ekuiti dan /atau kemudahan kredit berlandaskan prinsip Syariah.
Jenis-jenis kemudahan pembiayaan ini dibentuk agar risiko kewangan yang wujud dalam perniagaan baru dan berkembang dapat diurus dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan modal jangka panjang berbanding pulangan jangka pendek.
Pakej pembiayaan ini adalah untuk tempoh maksima 5 tahun. Bagi tahun seterusnya, perniagaan tersebut perlu mencapai tempoh matang dan berupaya untuk berdikari. Kejayaan sesebuah perniagaan diukur dari segi kemampuannya untuk mendapat pegangan dalam pasaran dan juga sumber kewangan komersil yang lain.
|