Laman Utama Mengenai Kami

 

Latar Belakang

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Ia ditubuhkan pada 17 Julai 1991 dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra.

PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh Shari'ah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2019, PUNB disenaraikan sebagai syarikat dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Fungsi Kami

Model perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan.

Pakej ini membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan mereka, kekalkan keuntungan perniagaan dan membentuk perniagaan ke arah kecemerlangan.

Inilah asas kewujudan PUNB.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.

MISI

Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Objektif

  1. Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  2. Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  3. Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.