Laman Utama Penafian

Tujuan

Pautan yang disediakan adalah untuk paparan umum sahaja. Sebarang bahan atau maklumat (termasuk daripada pihak ketiga) yang terdapat di dalam portal ini merangkumi perkhidmatan, produk, maklumat, data, penulisan, grafik, audio, video, pautan atau maklumat lain disediakan berdasarkan prinsip "sebagaimana ada" dan "sebagaimana sedia" tanpa sebarang jaminan berkanun, tersurat atau tersirat dalam apa jua keadaan. Portal ini tidak bertujuan untuk menawarkan jual beli, atau menggalakkan sebarang urusan jual beli produk dan perkhidmatan. Usaha juga telah dibuat untuk memastikan ketepatan dan ketelusan portal ini (termasuk maklumat, data, perlambangan, kenyataan, pautan, dokumen dan grafik berkaitan yang dipaparkan di sini).

Penggunaan

Maklumat di portal ini adalah benar semasa diterbitkan. PUNB atau badan berkaitan dengannya tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan, kemutakhiran, kelengkapan, kebolehgantungan, kesesuaian atau ketelusan maklumat mengenai sumber, pendapat atau apa-apa tujuan tentang data dan grafik yang diterbitkan di portal ini. PUNB secara khususnya menafikan sebarang jaminan kesesuaian dan kebolehdagangan untuk tujuan tertentu, jaminan hak milik, pelanggaran harta intelek atau hak paten terhadap bahan dan maklumat yang terkandung serta dengan tegas menafikan liabiliti untuk kesilapan dan/atau kehilangan bahan dan/atau ketidaktepatan teknikal terhadap maklumat yang terdapat di dalam portal ini. Produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam portal ini adalah tertakluk kepada undang-undang dan keperluan peraturan dalam bidang kuasa tertentu sahaja. Sila rujuk penasihat undang-undang anda atau wakil PUNB untuk maklumat lanjut.

Capaian Kepada Portal

PUNB akan menggunakan kaedah sewajarnya untuk memastikan halaman dan kandungan yang dibuat dapat dicapai kepada pengguna. Bagaimanapun, PUNB tidak menjamin atau memastikan bahawa bahan dan/atau maklumat yang dipaparkan akan dikemaskini berterusan atau sentiasa lengkap tanpa sebarang halangan. PUNB juga tidak menjamin virus atau sebarang perisian hasad dapat dihalang dan memberi mudarat kepada komputer anda atau mana-mana komputer yang digunakan untuk mencapai portal ini.

Liabiliti

PUNB dan badan berkaitan dengannya tidak bertindak sebagai penasihat atau agen anda. Anda perlu membuat penilaian sendiri terhadap maklumat dan anda tidak seharusnya menganggap kandungan portal sebagai satu nasihat berkaitan dengan pelaburan, undang-undang, perakaunan dan pengurusan perniagaan. Sekiranya anda bertindak dengan bergantung terhadap sebarang bahan, sumber, pendapat dan maklumat dalam portal ini, anda melakukannya mengikut pertimbangan anda sendiri dan PUNB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akibat daripada tindakan anda.

Hak Cipta

Segala bahan / logo yang dipaparkan di dalam portal ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan tanda dagangan. Segala pengeluaran, penerbitan, pengedaran, pengagihan, penjualan, pemaparan, penyiaran semula atau sebarang perbuatan eksploitasi tanpa kebenaran bertulis daripada PUNB adalah dilarang sama sekali.