Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Mengenai Kami

LATAR BELAKANG

PUNB : "Kejayaan Anda Aspirasi Kami"

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) adalah badan pembangunan usahawan terunggul di Malaysia.

OPERASI PUNB

  • Membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
  • Ia  menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen  yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.

TENTANG KAMI

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965

Tarikh penubuhan : 17 Julai 1991
Milikan penuh kepada : Yayasan Pelaburan Bumiputra
Modal dibenarkan : RM500 juta
Modal berbayar : RM400 juta

Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.


Inilah asas kewujudan PUNB.

VISI, MISI & OBJEKTIF


Visi Kami
Menjadi pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan.

Misi Kami
Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.

Objektif Kami

  • Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  • Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  • Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB