Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PROSPER Teras PDF Cetak E-mel

Program PROSPER TERAS diwujudkan untuk membangun dan membantu usahawan peruncit Bumiputera meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor ekonomi negara dan menjadi penyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Objektif

  • Menaiktaraf dan memodenkan perniagaan runcit usahawan Bumiputera melalui susun atur produk, pilihan produk dan sistem bersepadu.
  • Memberi pendedahan kepada usahawan Bumiputera tentang selok-belok perniagaan, aplikasi kaedah pengurusan dan operasi yang teratur lagi sistematik.

Program PROSPER TERAS merangkumi:

1. Pembiayaan

Ciri-ciri pembiayaan yang disediakan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan ialah:

  • Pembiayaan berlandaskan Shari’ah berbentuk tunai untuk tujuan ubahsuai premis, modal kerja dan keperluan tunai yang berkaitan.
  • Pembiayaan berlandaskan Shari’ah untuk pembelian aset tetap, stok barangan dan keperluan aset yang berkaitan.
  • Jumlah pembiayaan dari RM50,000 sehingga maksimum RM500,000
  • Tempoh pembiayaan dari 2 - 7 tahun
  • Sumbangan modal sekurang-kurangnya 10% dari jumlah kos projek

2. Perkhidmatan Perniagaan

PUNB turut menyediakan perkhidmatan perkhidmatan seperti berikut:

  • Khidmat Nasihat & Pemantauan
  • Menyediakan khidmat nasihat dan pemantauan ke atas pengurusan dan operasi syarikat untuk membentuk urus tadbir korporat yang cemerlang.
  • Pembangunan Usahawan dan Latihan
  • Pembangunan usahawan dan latihan juga disediakan yang merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi dan pengurusan am.
  • Jaringan Perniagaan
  • Membantu menyediakan peluang untuk usahawan meluaskan skop jaringan perniagaan melalui program dan aktiviti yang dikenal pasti.

Kriteria Kelayakan

1. Usahawan

  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti
  • Mempunyai rekod kewangan yang memuaskan dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa

2. Perniagaan

  • Perniagaan 100% milik Bumiputera
  • Jenis perniagaan persendirian, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd
  • Perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Perniagaan yang berdaya maju

Fokus Bidang Perniagaan

  • Automotif
  • Bahan-bahan binaan
  • Telekomunikasi
  • Profesional
  • Pasar Mini (Berskala besar)
  • Atau mana-mana sub-sektor industri peruncitan yang dikenal pasti mempunyai nilai tambah dan komersil yang tinggi

Proses Permohonan

  • Langkah 1 - Pendaftaran & sesi Ujian Kesesuaian Keusahawanan
  • Langkah 2 - Bengkel rancangan perniagaan (ditawarkan sebagai pilihan)
  • Langkah 3 - Penyerahan rancangan perniagaan dan penilaian awal
  • Langkah 4 - Pembentangan cadangan perniagaan
  • Langkah 5 - Kelulusan pembiayaan

BERMINAT?
Sila klik sini untuk mendaftar atau
Datang ke Ibu Pejabat kami untuk Taklimat Pembiayaan PUNB setiap hari Isnin atau
Klik sini untuk tarikh dan lokasi yang bersesuaian

 

registernow_bm    download_bm

Untuk sebarang pertanyaan lanjut? Klik sini

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB