Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Tinjau Kedai Untuk Usahawan (Utusan Malaysia-Ekonomi, 10 Mac 2008) PDF Cetak E-mel

PUNB-um070308.jpg

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) mula meninjau kawasan sesuai bagi mendapatkan rumah kedai yang akan disewakan kepada usahawan skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) pada pertengahan tahun ini dengan kadar sewa yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad berkata, pihaknya telah mula meninjau kawasan dan pemaju yang berpotensi untuk dibeli.

''Pada peringkat permulaan kerajaan telah meluluskan RM6 juta daripada RM25 juta peruntukkan asal bagi memulakan proses mengenal pasti kawasan dan membeli lot rumah kedai.

''Ia merupakan percubaan pada peringkat pertama, kami akan pastikan peruntukkan awal itu benar-benar membuahkan hasil sebelum meneruskan penggunaan baki selebihnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Januari lepas Utusan Malaysia melaporkan kerajaan telah menyediakan peruntukan awal berjumlah RM25 juta kepada PUNB bagi mendapatkan rumah kedai pada kadar sewa rendah untuk usahawan Skim Prospernya.

Peruntukan itu disediakan selepas mengambil kira masalah yang dihadapi oleh usahawan Prosper untuk memperoleh premis perniagaan pada kadar sewa yang berpatutan.

Tambah Nasir, PUNB telah mula berbincang dengan beberapa syarikat hartanah tentang projek terbaru mereka.

''Perbincangan kami dilakukan dengan syarikat hartanah terkenal tempatan bagi memastikan projek yang kami pilih nanti tidak terbengkalai atau kami akan menanggung sebarang kerugian.

''Kami turut berbincang untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari pasaran,'' katanya.

Selain harga dan pemaju, PUNB turut meninjau lokasi yang sesuai bagi pembelian rumah kedai tersebut dan sentiasa berhati-hati dalam mengambil langkah untuk membeli rumah kedai itu bagi tujuan pelaburan jangka panjang, jelasnya.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB