Laman Utama Emel Kami Peta Laman

AITAB-Pembiayaan Islamik Motosikal Pertama (Sinar Harian, 10 Mac 2008) PDF Cetak E-mel
Putra Bikes di bawah pemilikan Azmi & Noor Niaga Holdings Sdn Bhd (ANNHSB) memperkenalkan pembiayaan Islamik motosikal pertama di Malaysia, Al-Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB). "Penawaran produk kewangan berlandaskan Syariah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. "Usaha mempelbagaikan produk dalam sektor perbankan dan pasaran modal dilakukan secara berterusan untuk memenuhi keperluan serta pilihan pengguna dan pelabur. Demikian kata Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada majlis Pelancaran AITAB dan Penjenamaan Cop Dagangan Putra Bikes serta Pembukaan Bilik Pameran, di sini semalam. Berikutan usaha itu, pembangunan sektor perbankan Islam mencatatkan pertumbuhan pesat dengan uumlah aset bernilai 12.3 peratus daripada keseluruhan sistem perbankan. Sekuriti hutang swasta (PDS) yang diterbitkan berasaskan syariah pula melebihi penerbitan secara konvesional iaitu 55 peratus daripada jumlah keseluruhan PDS di pasaran modal. Dalam pada itu, Nor MOhamed berkata, ANNHSB merupakan syarikat yang berjaya di bawah skim PROSPER kendalian Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tertumpu pada sektor automotif. Sektor itu merangkumi 140 perniagaan daripada lebih 1,500 usahawan dengan bantuan kewangan hampir RM224 juta. "PUNB mensasarkan 325 usahawan PROSPER Runcit, 30 usahawan Pemborong PROSPER dan 150 usahawan PROSPER Siswazah pada tahun ini. "Ia membabitkan dana sebanyak RM164 juta dalam mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya maju dan progresif," katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Azmi & Noor Niaga Holdings Sdn Bhd, Azmi Ismail pula berkata, industri motosikal tempatan berkembang pesat dengan peningkatan seratus peratus dengan jualan lebih 480,000 pada tahun 2007 berbanding 236,000 unit pada 1997. Berikutan pertumbuhan yang memberangsangkan, pihaknya mensasarkan 2,800 unit pada 2008 dengan peruntukan RM5 juta untuk pembiayaan jualan. Ia merupakan persediaan sejumlah RM900,000 setiap bulan untuk menyimpan stok bagi semua cawangan dalam usaha untuk mencapai sasaran itu.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB