Laman Utama Emel Kami Peta Laman

MM Vitaoils Dapat Kontrak RM4j (Harian Metro, 25 Mac 2008) PDF Cetak E-mel
MM Vitaoils Sdn Bhd, pengeluar dan pembekal minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit memperoleh kontrak jualan RM 4 juta menerusi penyertaannya di Pameran Makanan 2008 di Dubai, baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Mazlan Muhammad, berkata kejayaan itu membuktikan keupayaannya sebagai syarikat hiliran minyak sawit yang kukuh menerusi rancangan pemasaran berkesan serta dibantu kemudahan infrastruktur canggih. Beliau berkata, kilang pengeluarannya di Shah Alam, Selangor berkeupayaan mengeluarkan produk sawit 12,000 tan sebulan serta berkemampuan mengeluarkan produk dalam pelbagai bentuk pembungkusan serta saiz berbeza, “Bagi mengukuhkan lagi kedudukan pasaran barangan yang dihasilkan, kami akan menyertai Pameran Foodex 2008 di Jepun selama lima hari selain beberapa pameran antarabangsa lain,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam. Mazlan berkata, antara rangan jangka panjang syarikat itu ialah terbabit dalam sector pemprosesan kelapa sawit serta meneroka industry huluan minyak sawit. Sehingga kini, katanya antara barangan yang dihasilkan syarikatnya termasuk minyak masak, majerin, lemak serta minyak sapi sayuran. Katanya, MM Vitaoils mempunyai 24 jenama iaitu Palmas, Serimas, Superfino, Qualitaste, Golden Treat, Rise&Shine, Blossommm dan Marvelloso. Jenama minyak masak keluaran syarikatnya diyakini dan mendapat sambutan kerana banyak factor membabitkan kesihatan termasuk tidak mengandungi kolesterol, kandungan vitamin E tinggi dan boleh digunakan secara berulang untuk lima kali selapis tapis.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB