| Brunei, Kanada Tempah Biomil (Harian Metro, 12 Mei 2008) |
|
|
|
|
Tempahan itu diterima menerusi program misi dagangan yang dianjurkan sempena Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2008, baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Ishak Husin, berkata buat permulaan, pihaknya akan menghantar sebanyak satu kontena membabitkan tujuh tan produk Biomil bagi pasaran Brunei. Menurutnya, tempahan itu akan mula memasuki pasaran Brunei pada Julai depan. "Selain Brunei, kami juga mendapat peluang untuk memasuki pasaran Kanada termasuk menunggu keputusan muktamad daripada rakan niaga di Afrika Selatan untuk memasarkan produk itu di sana," katanya ketika ditemui gerai pamerannya di Mihas 2008 baru-baru ini. Sementara itu, pihaknya juga turut merancang memperkukuh kedudukan produknya di pasaran tempatan menerusi aktiviti promosi dan pengedaran secara agresif di empat zon pasaran di negara ini membabitkan zon tengah, utara, timur dan barat serta Sabah dan Sarawak. Bagi mencapai tujuan itu, syarikat memperuntukkan sehingga tiga kontena sebulan membabitkan 21 tan produk untuk diagihkan ke empat zon pasaran tempatan itu. "Kami sudah memulakan pengedaran itu sejak bulan lalu dan produk Biomil kini sudah mula memasuki pasaran tempatan menerusi ejen syarikat," katanya. |






