Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Berhati-hati Keluar Pinjaman (Utusan Malaysia-Ekonomi, 19 Jun 2008) PDF Cetak E-mel

punb_utusan190608.gif

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) mengambil sikap berhati-hati mengenai pemberian pinjaman pada tahun ini, kerana terdapatnya kenaikan harga minyak dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd. Nasir Ahmad berkata, harga minyak yang tinggi dan impaknya ke atas ekonomi dunia kemungkinan memberi kesan negatif ke atas sektor tertentu ekonomi Malaysia, terutama sekali terhadap sektor runcitan.

"Tekanan ke atas margin yang berkurangan merupakan satu daripada kesan yang kita sangat prihatin kerana ia akan menyebabkan masalah pembayaran baik jika perniagaan ditutup.

"Dengan itu, kita terpaksa berhati-hati dalam memberi kelulusan pinjaman," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara PUNB dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Di bawah MOU itu, PUNB akan menyediakan platform untuk membangunkan para usahawan muda di kalangan graduan Uniten dan untuk menyalurkan pembiayaan.

Mohd. Nasir berkata, sektor runcitan kini mempunyai kadar yang tinggi kegagalan membayar balik hutang.

"Kadarnya kini 25 peratus. Bagi sektor pemborongan, kita tiada masalah," katanya.

PUNB menyediakan pembiayaan, sokongan korporat, perkhidmatan pemantauan dan latihan bagi para usahawan di bawah skim Dana Projek Runcitan Usahawan Bumiputera (Prosper).

Di bawah skim Prosper, PUNB menawarkan empat jenis pinjaman — Skim Prosper Runcit, Skim Prosper Siswazah, Skim Pemborong Prosper dan Pakej Pembangunan Usahawan PKS.

Katanya PUNB menyasarkan untuk mengeluarkan pinjaman RM150 juta pada tahun ini.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB