|
PUNB Tidak Lantik Ejen Urus Pembiayaan Kewangan (Utusan Malaysia-Ekonomi, 10 September 2008) |
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) tidak pernah melantik sebarang ejen atau orang tengah untuk berurusan dengan orang awam mengenai pembiayaan kewangan.
"PUNB tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk pembiayaan peribadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, PUNB menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama yang serupa dengan PUNB dalam menyediakan pembiayaan kewangan untuk perniagaan dan pembiayaan peribadi.
Katanya, PUNB adalah badan keusahawanan yang menyediakan pembiayaan kewangan untuk usahawan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
"Skim-skim pembiayaan PUNB terdiri dari Skim Prosper Runcit, Pemborong Prosper, Prosper Siswazah dan Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana," katanya.
PUNB akan mengadakan sesi taklimat percuma mengenai pembiayaan kepada orang ramai yang berminat mencebur diri dalam bidang perniagaan setiap Isnin pada jam 10.00 pagi di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Orang ramai dinasihat menghubungi PUNB di talian 03-27851515 atau melayari laman web rasminya di www.punb.com.my untuk mendapatkan maklumat tentang skim pembiayaan PUNB.
|