Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Galak Usahawan Sertai Sektor Profesional (Sinar Harian-Bisnes, 23 Jun 2008) PDF Cetak E-mel

punb_sinar230608.jpg

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) merancang untuk menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan menyertai sektor profesional menerusi Skim Proper Runcit pasa tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, bidang perniagaan itu jarang diterokai oleh usahawan Bumiputera meskipun terdapat potensi jika dilihat berdasarkan keperluan semasa di pasaran.

"Bilangan usahawan Skim Prosper dalam bidang profesional hanya mencatatkan kurang tiga peratus, lebih kurang 40 orang sedangkan jumlah mereka yang berpengalaman lebih daripada itu.

"Justeru, PUNB mengalu-alukan mereka yang ingin memulakan perniagaan itu serta mengembangkan syarikat sedia ada," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Karnival Lon G Group Bersama Pelanggan di Subang, sabtu lalu.

Walaupun sektor runcit kini mempunyai kadar yang tinggi kegagalan membayar balik hutang, namun PUNB masih terus menggerakkan mana-mana bidang yang mempunyai potensi dengan memperbanyakkan penyertaan daripada usahawan.

Sehubungan itu, kemudahan pinjaman yang disediakan kepada setiap usahawan sehinnga 90 peratus daripada keseluruhan kos projek seperti pembiayaan kira-kira RM200,000 bagi bidang profesional.

Kebanyakan usahawan profesional dibantu menjalankan perniagaan dalam bidang perubatan, perundangan, perakaunan dan arkitek.

Bagaimanapun, belum ada pemohon yang tampil mengusahakan perniagaan dalam bidang kejuruteraan atau bidang lain yang berkaitan.

"Setakat ini, PUNB menggunakan hebahan melalui media massa dan pelaksanaan akan dipelbagaikan sekiranya sektor profesional atau mana-mana bidang mendapat penyertaan yang baik daripada masyarakat Bumiputera.

"Kemungkinan usaha akan dilakukan seperti penganjuran 'PUNB Auto Forum 2008' pada hari ini yang mengetengahkan keusahawanan dalam bidang automotif," katanya.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Lon G Auto Services Sdn Bhd (Lon G), Ahmad Ramzi Misnon dan Ketua Transformasi Bahagian Proton Edar Sdn Bhd, Kumar Osman.

Lon G merupakan antara 105 syarikat automotif di bawah Skim Prosper Runcit PUNB yagn menjalankan perniagaan jual beli serta menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada pelanggan.

"Ramzi berkata, karnival itu merupakan sebahagian daripada Program Proton i-Care yang diperkenalkan pada Julai tahun lalu sebagai komitmen kepada kualiti, memperbaiki kualiti dan memberikan kepuasan kepada pelanggan.

"Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, Lon G mempunyai 10,000 pelanggan sedia ada dan lebih kurang 500 Pelanggan baru secara purata pada setiap bulan.

"Berdasarkan prestasi itu, kami merancang untuk mengembangkan perniagaan dan terdapat cadangan untuk mendapatkan bantuan kewangan kira-kira RM250,000 daripada PUNB," katanya.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB