| PUNB Bantu Usahawan PROSPER Beli Premis (Berita Harian-Ekonomi, 8 Ogos 2008) |
|
|
|
|
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyalurkan dana berjumlah RM25 juta kepada usahawan di bawah Program Projek Usahawan Bumiputra Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) bagi pembelian premis perniagaan yang sesuai untuk disewakan. Kemampuan individu Bumiputera memiliki premis perniagaan di pusat bandar agak terhad. Justeru, kerajaan menerusi beberapa agensi seperti Perbadanan Hartanah Bumiputera Bhd, TPPT Sdn Bhd, Mara serta UDA Holdings, berusaha meningkatkan pemilikan hartanah perniagaan di kawasan bandar, termasuk rumah kedai dan kompleks perniagaan. PUNB pula lebih mengetahui mengenai premis strategik yang mungkin juga belum dibina. Mereka boleh menolong menempah premis ini, katanya selepas merasmikan program Jaringan Usahawan PUNB Peringkat Nasional 2008 di Kuala Lumpur semalam. Nor Mohamed berkata, pada masa ini dianggarkan hanya 20 peratus hingga 25 peratus usahawan PUNB menjalankan operasi perniagaan mereka di premis sewa milik Bumiputera, termasuk premis milik agensi kerajaan. Katanya, kerajaan juga sedar dalam suasana kenaikan harga barang menyebabkan peniaga berdepan kenaikan kos pengeluaran dan operasi. Justeru, usahawan perlu bersedia menilai semula strategi dan perancangan perniagaan masing-masing untuk disesuaikan dengan tuntutan semasa pasaran, katanya. Beliau menambah, kerajaan sentiasa komited dalam usaha memantapkan pembangunan usahawan Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi. |






