Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Dana RM25j (Harian Metro-Bisnes, 8 Ogos 2008) PDF Cetak E-mel

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menerima dana RM25 juta daripada kerajaan bagi membolehkannya membeli premis perniagaan yang sesuai untuk usahawan Bumiputera di bawah naungannya terutama di lokasi strategik seluruh negara.

Menerusi dana berkenaan, PUNB dipertanggungjawab menyegerakan usaha mencari premis perniagaan termasuk membuat pembayaran pendahuluan untuk premis yang dikenal pasti bagi memastikan usaha mewujudkan ruang niaga di lokasi strategik dicapai.

Fokus utama ialah mengenalpasti premis perniagaan di bandar besar termasuk pusat beli-belah selain meninjau ruang niaga di perbandaran baru, terutama di kawasan perumahan yang sedang dan akan dibangun.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kemampuan individu Bumiputera memiliki premis perniagaan di pusat bandar terhad dan kini, dianggarkan 20 hingga 25 peratus usahawan PUNB menjalankan perniagaan mereka di premis sewa milik Bumiputera termasuk premis milik kerajaan.

“Kerajaan akan berusaha mengatasi masalah ini dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang terbabit dalam bidang hartanah, termasuk Perbadanan Hartanah Bumiputera Bhd, TPPT Sdn Bhd, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Uda Holding Bhd (Uda).

“Ia sebagai langkah utama bagi memastikan pemilikan hartanah Bumiputera membabitkan rumah kedai dan kompleks perniagaan di bandar dapat ditingkatkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jaringan Usahawan PUNB Peringkat Nasional 2008 di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Abu Bakar Mohd Noor dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB