Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Kegagalan Rendah (Harian Metro-Bisnes, 3 November 2008) PDF Cetak E-mel
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mencatatkan kadar kegagalan yang rendah iaitu kira-kira 16 peratus dalam skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper), yang mana hanya 231 perniagaan saja yang ditutup atau rugi daripada 1,405 perniagaan yang memulakan operasi, sejak tujuh tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasir Ahmad, berkata kegagalan yang rendah itu walaupun sentiasa ditangani memperlihatkan kejayaan PUNB dalam meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan. Katanya, sejak ditubuhkan tujuh tahun lalu, PUNB meluluskan pinjaman kepada 1,657 perniagaan yang berdaya maju bagi skim Prosper dengan nilai pembiayaan RM46.6 juta. “Skim Prosper yang diwujudkan untuk meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan mensasarkan untuk meluluskan 325 perniagaan pada tahun ini dan sehingga Ogos lalu 174 perniagaan runcit diluluskan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Harian Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurutnya, bagi memastikan kegagalan usahawan PUNB berkurangan dan kekal rendah, pihaknya mengadakan pemantauan rapi sekiranya dikesan berlaku sebarang keadaan luar biasa pada diri dan sikap usahawan seperti disiplin pembayaran. “Antara cara terbaik kami memastikan kejayaan usahawan ialah dengan mengadakan temuramah dengan mereka ketika proses permohonan untuk memastikan ketulenan semangat mereka dan pada masa sama menilai keupayaan mereka,” katanya. Mengenai skim lain yang turut ditawarkan PUNB, beliau berkata, PUNB mensasarkan untuk melahirkan 30 perniagaan borong Prosper tahun ini dan sehingga Ogos lalu meluluskan 23 perniagaan borong. Katanya, sejak diwujudkan dua setengah tahun lalu, PUNB meluluskan 62 perniagaan borong dan daripada jumlah itu, 53 daripadanya disalurkan pembiayaan bermakna sudah memulakan operasi serta tiada perniagaan ditutup sehingga kini. Manakala bagi skim siswazah Prosper pula, katanya, PUNB mensasarkan untuk melahirkan 150 perniagaan yang mana sehingga Ogos lalu sudah meluluskan 87 perniagaan. “Sejak diwujudkan tiga tahun lalu, kami meluluskan 340 perniagaan siswazah yang mana 292 daripadanya sudah dibuka. Bagaimanapun, 17 daripada perniagaan yang beroperasi rugi dan menamatkan operasi mereka. “Skim yang tertua dalam PUNB ialah skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang diwujudkan sejak 17 tahun lalu yang mana sehingga kini, sudah disalurkan kepada 128 syarikat,” katanya.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB