Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Unjur Agihan Pinjaman RM170j (Utusan Malaysia-Ekonomi, 26 November 2008) PDF Cetak E-mel
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) mengunjurkan agihan pinjaman berjumlah RM170 juta pada tahun depan berbanding RM130 juta pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nasir Ahmad berkata, pertambahan RM40 juta itu membuktikan pihaknya terus menyokong pertumbuhan ekonomi meskipun berdepan dengan persekitaran yang mencabar.

Mohd. Nasir berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Forum Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Pembangunan Kewangan Antarabangsa (DFI), di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) Malaysia berkata, meskipun berisiko tinggi untuk memberikan kemudahan pembiayaan dalam keadaan semasa tetapi membiayai projek-projek yang berpotensi adalah keutamaan PUNB.
 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB