Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Pengagihan Pinjaman PUNB Naik (Utusan Malaysia-Ekonomi, 4 Mei 2009) PDF Cetak E-mel

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyasar mengagihkan pinjaman sebanyak RM164.3 juta pada tahun ini berbanding RM153.5 juta tahun sebelumnya walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasir Ahmad berkata, pengagihan pinjaman itu akan dibuat untuk Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan (Prosper) dan skim pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

''Sebanyak RM7 juta akan diperuntukkan kepada program Prosper siswazah, RM60 juta bagi Prosper runcit, RM67 juta bagi Prosper borong dan RM30.3 juta bagi skim PKS.

''Pengagihan itu mengikut bajet yang telah ditetapkan pada tahun ini, tidak termasuk tambahan RM50 juta yang diberikan kerajaan untuk latihan ijazah menganggur," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Tambah Nasir, bagi Prosper runcit PUNB tidak bercadang meningkatkan bilangan peserta pada tahun ini ekoran keadaan ekonomi yang mencabar dan untuk mengurangkan risiko kegagalan pembayaran balik.

''Jumlah agihan yang diberikan pada tahun ini adalah lebih berbanding tahun lalu kerana PUNB yakin dengan proses yang telah ditetapkan dan pemilihan pengagihan pembiayaan adalah kepada mereka yang berpotensi tinggi untuk memberikan pulangan serta mampu membayar balik.

''Kami yakin daripada pengagihan ini dapat memberikan pulangan kepada PUNB kerana bilangan perniagaan yang ada pada tahun ini berkurangan, namun ekoran peningkatan kos agihan yang akan diberikan kepada perniagaan juga akan meningkat,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai masalah pembayaran balik yang dihadapi usahawan PUNB, Nasir tidak menafikan masalah tersebut tetapi pihaknya akan cuba untuk mengurangkannya.

''Langkah awal yang diambil PUNB adalah memantau pergerakan pembayaran balik peminjam serta memberikan penerangan dan sekiranya mereka mempunyai masalah, kami akan membuat jadual pembayaran baru dengan mengurangkan jumlah bayaran bulanan.

''Sekiranya, perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk maju tetapi kekurangan modal, PUNB akan menimbang untuk menambah modal mereka,'' katanya.

Nasir berkata, matlamat utama PUNB adalah untuk memastikan usahawan mereka tidak akan menutup perniagaan pada masa ini.

Setakat ini, PUNB telah membiayai 2,078 perniagaan dengan 70 peratus daripadanya telah berjaya membuat keuntungan dan aktif menjalankan perniagaan.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB