| Menyamar PUNB (Berita Harian-Ekonomi, 7 Mei 2009) |
|
|
|
|
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengenal pasti sebuah badan koperasi menggunakan akronim PUNB sebagai sebahagian daripada namanya untuk mengedarkan risalah dan brosur menawarkan kemudahan pembiayaan persendirian Islam sehingga RM150,000 kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun. "Memandangkan fokus PUNB ialah menyediakan bantuan kewangan berasaskan syariah kepada usahawan Bumiputera, kami amat bimbang dengan 'penyamaran' itu yang mungkin boleh menjurus kepada salah anggapan atau keliru mengenai fokus perniagaan kami," kata PUNB dalam kenyataan, semalam. PUNB menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan entiti menyamar atau menggunakan akronim syarikat untuk menjual produk pembiayaan mereka serta individu mendakwa bertindak sebagai wakil PUNB untuk membantu usahawan Bumiputera mendapatkan kemudahan pembiayaan atau kelulusan pinjaman. |






