Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Menyamar PUNB (Berita Harian-Ekonomi, 7 Mei 2009) PDF Cetak E-mel

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengenal pasti sebuah badan koperasi menggunakan akronim PUNB sebagai sebahagian daripada namanya untuk mengedarkan risalah dan brosur menawarkan kemudahan pembiayaan persendirian Islam sehingga RM150,000 kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.

"Memandangkan fokus PUNB ialah menyediakan bantuan kewangan berasaskan syariah kepada usahawan Bumiputera, kami amat bimbang dengan 'penyamaran' itu yang mungkin boleh menjurus kepada salah anggapan atau keliru mengenai fokus perniagaan kami," kata PUNB dalam kenyataan, semalam.

PUNB menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan entiti menyamar atau menggunakan akronim syarikat untuk menjual produk pembiayaan mereka serta individu mendakwa bertindak sebagai wakil PUNB untuk membantu usahawan Bumiputera mendapatkan kemudahan pembiayaan atau kelulusan pinjaman.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB