Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Tawar Pembiayaan Usahawan Bidang Kemahiran (Berita Harian, 14 Mac 2009) PDF Cetak E-mel

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan melancarkan Pakej Keusahawan Pemegang Sijil Kemahiran di bawah Skim Prosper Siswazah esok sejajar usahanya meningkatkan penyertaan usahawan muda Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata menerusi skim itu, PUNB memperluaskan skop pemberian pembiayaannya meliputi pemegang sijil kemahiran institusi latihan diiktiraf, berbanding sebelum ini yang hanya dibuka kepada siswazah sekurang-kurangnya peringkat diploma.

Beliau berkata, sebagai permulaan, PUNB akan membuka peluang pembiayaan di bawah skim itu kepada pemegang sijil teknikal dalam bidang berkaitan elektrik dan elektronik selain mekanikal, automotif serta fabrikasi.

"Bagi mendapatkan kemudahan pinjaman ini, pemohon hanya perlu menyediakan modal minimum RM500," katanya sambil menambah Pakej Keusahawan Pemegang Sijil Kemahiran itu akan dilancarkan Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Butterworth.

Mohd Nasir berkata, Pakej Keusahawan Pemegang Sijil Kemahiran di bawah Skim Prosper Siswazah itu adalah bagi mendorong, membimbing dan membangunkan usahawan Bumiputera menceburi bidang perniagaan khususnya
peruncitan dan pengedaran.

Katanya, ia terbahagi kepada dua pakej pinjaman iaitu Pakej A daripada RM5,000 hingga RM50,000 bagi tempoh bayaran balik antara tiga hingga tujuh tahun dan pakej B, daripada RM50,001 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran balik dari lima hingga tujuh tahun.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga tahun lalu, PUNB telah menyalurkan pinjaman berjumlah RM12.5 juta kepada 353 usahawan di seluruh negara menerusi Skim Prosper Siswazah.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB