|
PUNB telah memperkenalkan program khas untuk siswazah muda - Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB.
Peserta (perantis) program ini akan mendapat pendedahan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.
Objektif
- Menyediakan peluang untuk siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran
- Meningkatkan pengetahuan siswazah muda melalui latihan dan kursus kemahiran
- Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan
Perantis
- Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
- Tempoh latihan adalah 6 bulan atau 1 tahun bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan
- Perantis berpeluang untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan selain menduduki latihan teori dan praktikal serta kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
- Jika memenuhi syarat, perantis layak memohon pembiayaan perniagaan khususnya skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri
Kelayakan
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran
- Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
- Menjalani latihan sepenuh masa
- Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan
Mentor
- Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
- Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Program Keusahawanan
Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:
- Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif
- Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan
- Program Keusahawanan Khidmat Profesional
- Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan
Cara Memohon
Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Program Siswazah Perantis. Hantarkan borang yang lengkap kepada:
Sekretariat PROSPER (Skim PROSPER Siswazah) PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
atau Faks: 03-2780 2119/2100
atau hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862 Tel: 03 - 2785 1515 Emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Sertai kami 
|