Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Siswazah Perantis

PUNB telah memperkenalkan program khas untuk siswazah muda - Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB.

Peserta (perantis) program ini akan mendapat pendedahan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Objektif

  • Menyediakan peluang untuk siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran
  • Meningkatkan pengetahuan siswazah muda melalui latihan dan kursus kemahiran
  • Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan

Perantis

  • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
  • Tempoh latihan adalah 12 bulan bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan selain menduduki latihan teori dan praktikal serta kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Jika memenuhi syarat, perantis layak memohon pembiayaan perniagaan khususnya skim PROSPER Usahawan Muda untuk memulakan perniagaan sendiri

Kelayakan

  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran
  • Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
  • Menjalani latihan sepenuh masa
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan

Mentor

  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Program Keusahawanan

Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:

  • Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif
  • Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan
  • Program Keusahawanan Khidmat Profesional
  • Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan

Cara Memohon

Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Program Siswazah Perantis. Hantarkan borang yang lengkap kepada:


Sekretariat Program Siswazah Perantis,
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau Faks: 03-2780 2109/2100

atau hubungi:

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1417/1492
Emel:  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Sertai kami  facebook_logo

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB