Home Email Us Site Map

Minyak Wangi Dijual Murah di RPS (Kosmo, 10 Ogos 2009) PDF Print E-mail

Reject Perfume Shop (RPS), kedai minyak wangi terkenal di Kelantan mengadakan promosi ‘Harga Rata RM99.90’ di Lot F24, Tingkat 1, pasar raya besar Tesco di sini bermula 30 Julai hingga 13 Ogos ini.

Promosi harga rata pertama kali diadakan sejak mula dibuka pada tahun 2007 itu bertujuan member perhargaan kepada para pelanggan yang selama ini banyak member sokongan terhadap produk jualannya.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran RPS, Mohd. Yusran Mohd. Yusof berkata, promosi itu juga akan membolehkan pengguna berjimat selain merancang perbelanjaan awal sempena menyambut Ramadhan dan Syawal.

Katanya, antara minyak wangi berjenama yang dijual pada harga tersebut ialah Dunhill, Bvlgari, Gucci, D&G, Guess, Polo, Paris Hilton, Escada, Aigner, Jaguar, Britney Spears dan lain-lain.

“Semua minyak wangi itu dijual pada RM99.90 yang mana saiz botolnya daripada bersaiz 30 milimeter sehingga 200 milimeter. Inilah peluang keemasan untuk memiliki minyak wangi impian anda,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Yusran, semua barangan yang dijual bukan minyak wangi tiruan seperti mana yang dijual peniaga di tepi jalan tetapi ia diperoleh daripada peniaga atau pasar raya dari seluruh dunia.

“Kami peroleh stok-stok tersebut terus daripada pembekal dan sebab itu ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding harga sebenar,”ujarnya.

Selain itu, Mohd. Yusran menjelaskan, RPS turut mempelawa orang ramai yang berminat untuk menjadi ejennya dengan hanya bermodalkan RM1,000.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA


 
10th Floor, Block 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Fax: 03-2780 2100
PUNB Regional Offices