Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Lahir 3,100 Usahawan Menerusi PROSPER (Berita Harian-Ekonomi, 18 Ogos 2009) PDF Cetak E-mel

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sudah membangunkan sejumlah 1,592 perniagaan membabitkan 3,100 usahawan hingga 30 Jun lalu menerusi Skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) Runcit, dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM265 juta.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Abu Bakar Mohd Noor, berkata menerusi skim Prosper Pemborong pula sebanyak 73 perniagaan sudah dibangunkan membabitkan 219 usahawan dengan nilai pembiayaan RM133 juta.

Skim Prosper Siswazah pula sudah melahirkan sebanyak 348 perniagaan dengan jumlah pembiayaan RM13.3 juta disalurkan.

Bagi skim perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, PUNB sudah menyalurkan pembiayaan RM405.6 juta kepada 144 syarikat yang terbabit dalam bidang pembuatan serta perkhidmatan.

Sementara itu, Mohd Abu Bakar berkata, PUNB komited dengan usaha mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah Bumiputera di negara ini dengan sasaran melahirkan 2,000 usahawan muda menjelang tahun depan.

Katanya, program berbentuk latihan sangkut dimulakan sejak Mei lalu itu terbuka kepada siswazah Bumiputera yang memiliki sijil kemahiran tahap dua dan berumur tidak melebihi 30 tahun.

“Mereka juga perlu mempunyai minat dalam bidang keusahawanan,” katanya pada majlis penyampaian Anugerah Kejayaan dan Prestasi Cemerlang 2009 Program Jaringan Usahawan PUNB 2009, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di Kuala Lumpur, semalam.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB