| Bingkai Hiasan Penyeri Kediaman (Utusan Malaysia-Mega, 31 Ogos 2009) |
|
|
|
|
Apa yang dipaparkan di dinding dalam rumah lazimnya melambangkan konsep hiasan dalaman kediaman tersebut. Tak kira sama ada bingkai yang berisi kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran, lukisan pemandangan atau potret memberi sentuhan pada kediaman yang telah sedia menarik. "Terdapat segmen lukisan pemandangan, motif ukiran kayu serta khat, kaligrafi besi, lukisan abstrak dan juga potret untuk dipilih dengan pelbagai rekaan terbaru yang memang menarik," jelasnya ketika ditemui di kedainya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. "Boleh dikatakan semua bingkai yang ada di Jauhari adalah buatan tangan. Untuk lukisan pula, saya bekerjasama dengan pelukis dari Malaysia, Indonesia, Myanmar. Kesemuanya 32 pelukis yang berbakat dan menghasilkan lukisan yang menarik. Bapa kepada tiga cahaya mata ini begitu optimis dengan perniagaannya, justeru baginya kepuasan dan kegembiraan pelanggan yang meminati bingkai hiasan menjadi keutamaannya. |






