Laman Utama Emel Kami Peta Laman

CK Rahim Terus Pacu Perniagaan (Harian Metro-Bisnes, 8 September 2009) PDF Cetak E-mel

CK Rahim Collection Sdn Bhd (CK Rahim), perintis syarikat Bumiputera yang menjual pelbagai jenis kerongsang akan memperkembangkan lagi perniagaannya dengan pembukaan cawangan terbaru di Seksyen 6, Bandar Baru Bangi awal tahun depan.

Sejak ditubuhkan pada 2000, CK Rahim sudah mempunyai 11 cawangan dan menembusi pasaran jualan kerongsang untuk semua peringkat golongan dari harga bermula RM1 hingga RM1,000 ke atas.

Pengarah CK Rahim, Aripah Yahaya, berkata pihaknya kini mempunyai tiga cawangan besar yang menghimpunkan semua jenis koleksi kerongsang dari Quangzhou dan Korea.

Setiap cawangan itu menjual kerongsang untuk pembelian runcit, borong dan eksklusif dengan harga sangat berpatutan.

“Walaupun harga ditawarkan sangat berbaloi, kami tidak pernah mengurangkan kualiti produk yang dijual dan pelanggan kami bukan saja dari seluruh Malaysia malah dari Brunei, Arab, Indonesia, Singapura dan Eropah.

“Cawangan di Masjid India paling mendapat sambutan selain cawangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (lima tingkat) dan Wisma CK Rahim Seksyen 7, Bangi (ibu pejabat),” katanya.

Menurutnya, pengasas CK Rahim adalah suaminya, Abdul Rahim Ismail dan sebelum menceburi bidang perniagaan kerongsang secara serius, mereka bertugas sebagai guru sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Aripah berkata, kekuatan CK Rahim masih mampu bertahan sehingga kini adalah harga yang berpatutan, tetapi masih mengekalkan kualiti serta tahan lama.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB