Laman Utama Emel Kami Peta Laman

Genius Aulad Pelawa Usahawan Jadi Rakan Niaga (Berita Harian, 6 Mac 2010) PDF Cetak E-mel

Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd menawarkan peluang kepada pelabur berpotensi untuk mengusahakan rangkaian Pusat Perkembangan Islam Genius Aulad di lokasi terpilih di seluruh negara.

Pengasasnya, Zaliza Alias, berkata syarikat itu menyasarkan membuka 10 lagi cawangan Genius Aulad dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketika ini, katanya rangkaian pusat perkembangan kanak-kanak Islam yang mengutamakan penyampaian dan komunikasi bahasa Inggeris itu beroperasi di 10 cawangan, semuanya di Lembah Klang.

Cawangan itu adalah di Kelana Jaya (Dataran Glomac), Kota Kemuning (Shah Alam), Kota Damansara, USJ Subang Jaya, Bandar Puteri Puchong, Bandar Sri Damansara, Bandar Botanic (Klang), Taman Tasik Prima (Puchong), Wangsa Maju dan Seksyen 15 Shah Alam.

Keseluruhannya, pusat perkembangan kanak-kanak itu menggunakan hampir 90 tenaga pengajar dengan anggaran antara lima hingga 10 tenaga pengajar dan pembantu, dalam satu-satu premis.

Empat cawangan pusat perkembangan kanak-kanak Genius Aulad yang beroperasi ketika ini dikendalikan sendiri Genius Aulad Learning Consultancy, manakala enam lagi dikendalikan oleh rakan niaga.

Setiap premis pusat perkembangan berkenaan menggunakan ruang hartanah komersial di lokasi strategik, dan ini juga adalah syarat utama yang perlu dipatuhi pelabur.

"Hampir semua operasi rakan niaga kami menggunakan kemudahan yang disalurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

"Modal permulaan untuk menjadi rakan niaga Genius Aulad Learning Consultancy dianggarkan antara RM200,000 hingga RM300,000 dan sebahagian modal ini boleh diperoleh daripada institusi pembiaya kewangan berkenaan.

"Anggaran perbelanjaan itu antara lain termasuk deposit dan sewa premis, lazimnya untuk tempoh tiga bulan mengikut syarat yang ditetapkan pemilik premis, kos selenggara dan baik pulih serta kos pengubahsuaian dan gaji kakitangan," katanya ketika ditemui.

Setiap premis pusat perkembangan Genius Aulad disyaratkan menyediakan antara lima hingga enam kelas, dan setiap kelas menempatkan antara 15 hingga 20 pelajar.

Maklumat lanjut untuk menjadi rakan niaga Genius Aulad Learning Consultancy boleh diperoleh dengan menghubungi syarikat di alamat 67, Jalan USJ 21/10 UEP, 47630 Subang Jaya, Selangor, atau menghubungi talian 03-80233784 serta e-mail di www.geniusaulad.com.my.

Zaliza menjelaskan, lesen perniagaan akan dikeluarkan syarikat hanya kepada pelabur yang berpotensi dan berkhidmat di mana-mana rangkaian Genius Aulad sekurang-kurangnya selama setahun.

"Saya mengenakan syarat ini bukan untuk membebankan pelabur, tetapi saya mahu pastikan hanya pelabur yang benar-benar ikhlas dan tulen diberikan lesen perniagaan.

"Ini adalah juga satu daripada pendekatan kami untuk memastikan rangkaian di bawah jenama Genius Aulad memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan seragam dengan modul yang kami hasilkan," katanya.

Beliau juga berkata, dalam tempoh perkhidmatan itu juga pelabur yang berminat akan diberikan latihan sewajarnya untuk belajar keseluruhan kerja pengendalian dan pengurusan pusat perkembangan kanak-kanak berkenaan.

Sebagai perantis, mereka tidak terkecuali daripada melakukan kerja pembersihan premis, menguruskan operasi pusat perkembangan dan akaun syarikat.

Kata Zaliza, dalam tempoh itu juga perantis akan dilihat dari segi kemahiran menggunakan dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, yang juga menjadi syarat utama sebagai rakan niaga.

"Syarat ini mungkin begitu ketat bagi mereka yang berminat menjadi pelabur, tetapi inilah juga cara saya memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menjadi rakan niaga kami.

"Saya mahu mereka terbabit sepenuh masa dan tidak mahu pusat perniagaan yang akan dibuka kelak beroperasi separuh jalan dan menjejaskan jenama kami.

"Seperti diketahui umum, pembiaya seperti PUNB juga mensyaratkan pelabur supaya terbabit secara sepenuh masa dalam perniagaan yang bakal diceburi," katanya.

Dalam tempoh itu juga, jelas beliau, perantis akan dilatih meningkatkan keyakinan diri, dan menerusinya mereka akan dilatih membentangkan kertas kerja sebagai persiapan untuk berdepan dengan pihak pembiaya ketika memohon bantuan kewangan.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB