Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Sasar 400 Usahawan Baru (Harian Metro-Bisnes, 8 Mac 2010) PDF Cetak E-mel

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyasarkan program terbaru dilaksanakannya, Siswazah Perantis, yang memberi pendedahan mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan kepada graduan muda dapat mewujudkan kira-kira 400 usahawan baru menjelang akhir tahun ini.

Jumlah itu mewakili 20 peratus daripada sasaran 2,000 graduan muda yang akan dipilih menyertai program berkenaan tahun ini.

Sehingga Februari lalu, 1,417 graduan muda menyertai program itu. Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata peserta Siswazah Perantis akan mengikuti program itu bersama 456 mentoria itu usahawan PUNB yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti automotif, tekstil, peruncitan serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Beliau berkata, PUNB mendapat peruntukan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sebanyak RM50 juta bagi melatih graduan muda menerusi program berkenaan iaitu RM30 juta untuk latihan dan RM20 juta lagi untuk dana bagi membantu peserta memulakan perniagaan. Menurutnya, graduan program itu akan dihantar bekerja dan mempelajari sendiri selok-belok mengendalikan perniagaan secara langsung daripada mentor masing-masing selama enam bulan atau setahun.

“Mereka akan belajar cara menguruskan perniagaan seperti mengendalikan stok dan mengimbangi akaun simpan kira.

“Pendedahan langsung ini bertujuan memberi persiapan awal kepada mereka sebelum benar-benar bersedia menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang dijalankan kelak,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Nasir, PUNB menawarkan pengambilan Siswazah Perantis kepada graduan atau mereka yang mempunyai sijil kemahiran dari GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Majlis Lepasan Vokasional Kebangsaan (MLVK) atau mana-mana universiti tempatan sebanyak dua kali sebulan. Beliau berkata, program itu dimulakan pada Mei 2009 dengan pengambilan pertama 34 orang.

Bagi mencukupkan sasaran 2,000 peserta, PUNB membuka kira-kira 500 kekosongan lagi. Menurutnya, program itu mempunyai matlamat sama-sama menang iaitu peserta mendapat pendedahan manakala mentor mendapat pekerja dan PUNB pula mencapai hasrat memberi pendedahan atau peluang pekerjaan kepada siswazah terbabit.

“Mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan, kita akan beri motivasi seperti mengikuti kem motivasi empat hari tiga malam supaya peserta jelas dengan hala tuju perniagaan mereka.

“Jika cadangan perniagaan mereka berdaya maju, kami akan mengusulkan kepada peserta untuk mengambil skim Prosper Siswazah yang ketika ini, PUNB sudah meluluskan cadangan perniagaan enam peserta daripada kumpulan pertama program berkenaan,” katanya.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB