Home Email Us Site Map

Celcom Axiata Lahir Usahawan Bumiputera (Utusan Malaysia - Dalam Negeri, 22 Jun 2010) PDF Print E-mail

Celcom Axiata Berhad akan memperluaskan Program Pembangunan Usahawan Bumiputera ke seluruh negara mulai 1 Julai ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan telekomunkasi yang berjaya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, program dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu sudah dilaksanakan di utara tanah air sebagai projek perintis dan terbukti berjaya melahirkan usahawan telekomunikasi bumiputera yang berdaya saing.

Menurut beliau, kejayaan projek berkenaan mendorong pihaknya dan PUNB untuk membuka penyertaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di negara ini.

"Semua pengedar menunjukkan kebolehan dalam menjalankan perniagaan telekomunikasi masing-masing. Sejak diperkenalkan pada Februari 2008, jumlah pengedar bumiputera di utara tanah air ialah 15 peratus dan akhir tahun lalu jumlahnya 22 peratus.

Kami menyasarkan mampu meningkatkan jumlah pengedar bumiputera kepada 30 peratus akhir tahun ini dan yang lebih membanggakan jumlah pengedar utama kami juga telah meningkat daripada 74 kepada 166 untuk tempoh yang sama dengan bantuan PUNB," katanya.

beliau berkata demikian pada majlis taklimat kerjasama Celcom-PUNB dalam menjana ekonomi usahawan telekomunikasi bumiputera kepada kira-kira 600 usahawan di sini, hari ini.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA


 
10th Floor, Block 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Fax: 03-2780 2100
PUNB Regional Offices