Laman Utama Emel Kami Peta Laman

PUNB Pergiat Program Pembangunan Usahawan (Berita Harian - Ekonomi, 13 Ogos 2010) PDF Cetak E-mel

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) merancang memperuntukkan hingga RM1.25 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk disalurkannya sebagai pinjaman, serta melaksanakan pelbagai program bagi pembangunan usahawan Bumiputera.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang akan bermula tahun depan, PUNB merancang mempergiatkan usahanya membeli hartanah seperti kilang kecil atau kedai untuk disewakan kepada usahawan.

Beliau berkata, PUNB juga akan memperhebatkan taklimat dan pelaksanaan program latihan keusahawanan membabitkan empat skim yang dikendalikannya menjurus kepada sektor pemborongan, pengedaran dan peruncitan.

Peranan PUNB kini semakin penting dan relevan untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Justeru, peruntukan diminta PUNB dalam RMKe-10 sangat wajar bertujuan menyokong Dasar Pembangunan Negara dalam melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang progresif, katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jika peruntukan itu diluluskan, PUNB merancang mengagihkan RM1 bilion sebagai bantuan pinjaman dan pelaksanaan program pembangunan usahawan, manakala RM250 juta lagi sebagai modal bagi pembelian hartanah dalam tempoh RMKe-10.

Mohd Nasir berkata, PUNB yang setakat ini sudah membangunkan lebih 4,500 usahawan Bumiputera dalam pelbagai sektor, akan terus berusaha menjadikan mereka lebih berdaya saing di pasaran domestik dan juga luar negara.

Justeru, beliau berkata, PUNB tahun depan menyasarkan menyalurkan pinjaman sebanyak RM175 juta di bawah semua skim yang ditawarkannya bagi menyokong sektor perniagaan kecil di negara ini.

Katanya, menerusi Skim Prosper Runcit, PUNB menyasar menyalurkan pinjaman RM70 juta membabitkan 280 perniagaan; Skim Pemborong Prosper (RM60 juta membabitkan 40 perniagaan); Skim PKS (RM32 juta membabitkan 26 perniagaan), dan Skim Prosper Siswazah (RM9.5 juta membabitkan 200 perniagaan.

Kami juga merancang memperuntukkan RM3.3 juta tahun depan bagi melatih 500 usahawan menerusi Program Siswazah Perantis PUNB yang diperkenalkan sejak Mei 2009, katanya.

Beliau menegaskan, PUNB juga merancang membeli 40 unit kedai dan kilang kecil di seluruh negara bernilai RM40 juta tahun depan untuk disewakan kepada usahawan PUNB.

PUNB menawarkan kadar diskaun sewaan sehingga 20 peratus untuk tempoh tiga tahun pertama operasi usahawan bagi membantu mereka menstabilkan perniagaan mereka, katanya.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA

Hubungi Kami
callus.php?lang=ms
Cari Kami
findus/?lang=ms
Emel Kami
emailus.php?lang=ms
KEMUDAHAN
PERKHIDMATAN
LANGKAH SETERUSNYA
PROGRAM KHAS

 
Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Faks: 03-2780 2100
Pejabat Wilayah PUNB