Home Email Us Site Map

Sasar Agih Pinjaman RM172juta (Harian Metro - Bisnes, 7 Oktober 2010) PDF Print E-mail

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, dari segi agihan, PUNB merancang menyalurkan pinjaman RM70 juta bagi Skim Prosper Runcit dengan menjangkakan lebih kurang 280 perniagaan diwujudkan manakala RM60 juta lagi untuk Skim Pemborong Prosper membabitkan 40 pemborong.

Menurutnya, seterusnya RM32.5 juta disalurkan bagi Skim PKS membabitkan 26 syarikat dan RM9.5 juta bagi melahirkan sekurang-kurangnya 200 siswazah di bawah Skim Prosper Siswazah.

“Ini antara peruntukan dirancang PUNB terutama dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bermula tahun depan dan jumlah RM172 juta itu tidak termasuk peruntukan bagi Skim Hartanah dan Program Siswazah Perantis PUNB.

“Kami juga terus mengorak langkah membantu melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan meningkatkan penyertaan mereka dalam bidang yang jarang diceburi kaum Bumiputera. Justeru, kita berharap peruntukan ini dapat diagih seperti disasarkan,” katanya kepada Bisnes Metro ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, untuk Skim Hartanah, pihaknya merancang membeli 40 unit kedai dan kilang kecil di seluruh negara bernilai RM40 juta untuk disewakan kepada usahawan PUNB sekali gus membantu mereka mencari lokasi strategi untuk berniaga.

Beliau berkata, PUNB merancang memperuntukkan RM3.3 juta tahun depan bagi melatih 500 usahawan menerusi Program Siswazah Perantis PUNB yang diperkenalkan sejak Mei tahun lalu.

Menurutnya, setakat ini, PUNB sudah membangunkan kira-kira 6,000 usahawan Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai sektor dan dari segi nilai jualan, pihaknya menganggarkan nilai jualan bagi semua usahawan berkenaan melebihi RM4 bilion setahun.

Untuk pertanyaan, hubungi talian bebas tol PUNB, 1300-13-7862 atau melayari www.punb.com.my.

 

 

 

 

 

 
ENGLISHBAHASA


 
10th Floor, Block 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-2785 1515 Fax: 03-2780 2100
PUNB Regional Offices